Monday, 20 April 2015

Siapakah pemimpin PKR yang disindir Shabery ?





Shabery mendakwa ramai yang bertanya dimanakah pemimpin PKR itu ketika penduduk di daerah Kemaman dilanda banjir







shabery-screenshot_600





PETALING
JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir pemimpin Parti Keadilan
Rakyat (PKR) apabila ceramah anjuran parti itu di Kemaman didakwa tidak
mendapat sambutan ramai.




Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut menyatakan rasa ‘kasihan’
kepada pemimpin itu yang berkempen kononnya untuk membela rakyat yang
susah namun tidak ramai yang datang.




Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman itu mendakwa, ramai
yang bertanya dimanakah pemimpin PKR itu sewaktu penduduk di daerah itu
dilanda banjir baru-baru ini.




“Smlm, pemimpin PKR balik Kemaman. Berkempen kononnya untuk membela
rakyat yang susah. Kasihan…tiada sambutan. Ramai yang tanya, dimana
beliau sewaktu Kemaman dilanda banjir”?, tulis Shabery Cheek di laman
Facebook.




Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu tidak menyatakan siapakah pemimpin PKR yang dimaksudkan itu.




Mungkinkah kata-kata itu dituju kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang berasal dari Kemaman dan Ketua Cabang Kemaman?




Ahmad Shabery mendapat pujian mangsa banjir di Kemaman kerana setiap hari beliau turun padang bagi membantu mereka.




Malah, Pelan Pengurusan banjir di daerah itu mencapai piawaian emas
dan akan ditambah baik untuk dijadikan model prosedur operasi standard
(SOP) kesiapsiagaan menghadapai bencana peringkat nasional.


No comments:

Post a Comment