BN pastikan calonnya yang bertanding pada PRK Rompin diterima rakyat dan popular
PUTRAJAYA
: Barisan Nasional (BN) menyelar kenyataan pembangkang yang menyatakan
parti itu meletakkan calon ‘kitar semula’ di Pilihan Raya Kecil (PRK)
Rompin, 5 Mei depan.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, apa
yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan di
kawasan berkenaan dan bukannya pandangan negatif yang dilemparkan oleh
pembangkang.
“Apa lagi yang dia (pembangkang) boleh cakap, yang penting keputusan telah dibuat siapa calon kita.
“Tugas kita adalah nak memastikan calon kita menang dengan majoriti
yang lebih besar dan saya dah diminta untuk membantu Timbalan Perdana
Menteri untuk membantu Menteri Besar Pahang dimana kita akan berkampung
di sana mulai Selasa ini dan kita gerakkan kempen sebaik mungkin,”
katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Terbuka Transformasi
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Putrajaya.
Hishamuddin berkata, calon yang popular dan diterima rakyat perkara penting yang diambil kira ketika pemilihan dbuat.
“Sama ada ia diterima, akan ditentukan dalam beberapa hari lagi, jadi kita tunggulah masa hari pembuangan undi nanti.
“Dan kalau orang di Rompin boleh terima Datuk Hasan, siapa mereka nak tuduh hasan begitu?” soalnya.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Pemangku Ketua UMNO
Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin, sebagai calonnya yang akan
bertanding pada PRK Parlimen Rompin bagi mengisi kekosongan selepas Tan
Sri Jamaludin Jarjis meninggal akibat nahas helikopter awal bulan ini.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata tindakan BN meletakkan Hassan sebagai calon
sudah dijangka kerana mendakwa BN sukar untuk memberi ruang kepada
pelapis dalam parti berkenaan.
No comments:
Post a Comment