Tuesday, 28 April 2015

DAP akan terus bongkar isu 1MDB – Guan Eng

WIRA6456



Roketkini.com





SUBANG JAYA: DAP teruskan komitmen untuk membongkar skandal
hutang RM42 bilion 1MDB walaupun terpaksa berdepan pelbagai halangan,
kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.




Berucap di hadapan tetamu acara makan malam kutipan dana Impian
Sarawak Guan Eng berkata, setakat ini isu 1MDB diterajui Pengerusi DAP
Selangor Tony Pua berdepan secara terus dengan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.




“Kami telah membayar harga mahal ekoran pembongkaran 1MDB. Tony Pua
telah menjadi orang pertama dalam sejarah Malaysia disaman Najib.




“Jika anda fikir anda boleh menutup mulut beliau dan DAP dari membangkitkan isu 1MDB, anda salah.




“Kami tidak akan tunduk dan ia tak akan buat kami menyerah,” tegas Guan Eng.




Tambah Guan Eng, rakyat berhak mendapatkan kebenaran tentang
pelaburan yang gagal dibentangkan Putrajaya selain kedudukan kewangan
1MDB.




Kedudukan kewangan 1MDB kini rancak dipersoalkan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir, membuka mata banyak pihak termasuk adik Najib
sendiri, Datuk Seri Nazir Razak yang juga pengerusi kumpulan CIMB.




Nazir dilaporkan kecewa terhadap pengurusan 1MDB apabila menolak
jemputan CIMB di acara ‘Invest Malaysia 2015’ anjuran kumpulan perbankan
itu.




Melihat perkembangan terbaru itu, Guan Eng menyifatkan pengurusan
1MDB ‘goyah’ dan kerajaan tidak berani menjelaskan isu tersebut kepada
rakyat.




“1MDB tak terima jemputan Nazir. Saya kecewa kerana saya fikir selama
ini bukankah mereka elemen penting dalam Invest Malaysia, sehingga
orang ramai bercakap mengenainya?




“Mereka kata ada hutang RM 42 bilion, kemudian dakwa ada aset RM 52
bilion yang boleh bayar hutang. Bagaimana mereka dapat RM 52 bilion itu?




“Mereka ini hanya tahu sebut nombor. Saya akauntan, saya tahulah.
Mereka hanya sebut harga yang tinggi,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.




“(Tetapi) apabila jualan tak sampai angka itu, dari situ kita tahu
1MDB sebenarnya sedang bankrap,” ujar Guan Eng – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment