| Oleh BASIRON ABDUL WAHAB |
ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh memberi ruang kepada rakyat menyuarakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan sistem percukaian baharu, GST yang didapati membebankan mereka.Timbalan Pengarah 1 PRK Rompin, Mohd Fadli Mohd Ramly berkata, rakyat
perlu menggunakan ruang terbuka ini bagi menghantar isyarat kepada
kerajaan Umno-BN melalui undi dalam PRK berkenaan.
Beliau
berkata, ada orang bertanya, kalau bagi isyarat dengan mengundi PAS
dalam Pilihan Raya Kecil Rompin ini nanti adakah kerajaan akan
menghapuskan GST,?
Beliau menjelaskan, jika mereka mengundi BN, pastilah GST akan diteruskan.
“Undi BN pasti GST akan diteruskan, sebaliknya jika mengundi PAS,
kerajaan akan tahu bahawa rakyat membantah GST yang di-kuatkuasakan 1
April lalu itu, katanya.
Rakyat boleh memilih sama ada ingin
membantah GST dengan mengundi PAS, atau menyokong GST dengan mengundi BN
yang akan terus meningkatkan kos kehidupan rakyat.
Difahamkan
orang ramai pengguna sudah merasai kesan GST yang mengakibatkan mereka
terpaksa berbelanja lebih daripada sebelumnya. Malah semakin banyak
berbelanja semakin banyaklah pula wang dibayar kepada GST.
GST adalah sistem percukaian yang tidak mengenal siapa, sama ada golongan miskin atau kaya, semuanya akan dipaksa membayarnya.
GST direka untuk meningkatkan pendapatan kerajaan sehingga RM23 bilion setahun.
Sementara itu seorang pengkaji politik, Mohd Noor Keria 64,
berpendapat, walaupun PAS
mempunyai banyak isu dalam PRK Rompin seperti
GST dan sebagainya, namun ia belum cukup kuat untuk mengalahkan BN
memandangkan jumlah majoriti yang dimiliki BN dalam PRU13 lalu terlalu
besar iaitu lebih 15,000 undi.
Namun peluang PAS untuk
mengurangkan majoriti adalah munasabah berdasarkan mood pengundi dan
calon yang di bakal mewakili parti itu.
Katanya, Rompin adalah
lubuk BN, dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang mudah diurus
oleh Umno, golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti
peneroka, nelayan dan penduduk tradisional biasanya mudah termakan
dengan janji manis Umno-BN.
Orang Asli juga ramai di Rompin iaitu sebanyak 8 peratus di mana undinya boleh dikira 100 peratus memihak kepada BN.
Bagaimanapun, menurut Mohd Nor, PAS dengan bantuan rakan-rakan dalam
Pakatan Rakyat perlu menggunakan PRK ini untuk memperjelaskan isu GST
kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat yang tidak mampu ditutup
dengan pemberian BR1M sebanyak RM900 setahun.
Berbeza dengan
Permatang Pauh di mana kawasan itu adalah kubu KeADILan, BN dijangka
berjaya mengurangkan majoriti tetapi tidak akan berjaya merampas kerusi
itu.
“Permatang Pauh adalah kubu KeADILan, Umno tidak akan berjaya merampasnya dengan mudah,? ujarnya.
Mohd Nor berharap, penduduk Rompin mendapat manfaat dari PRK ini,
kerana penduduk Rompin perlukan lebuh raya, jalan raya dan berbagai
kemudahan asas untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan mereka.
Isu jalan raya yang buruk dan berbahaya di kawasan berkenaan gagal
diberi perhatian oleh ahli parlimen dahulu, begitu juga Rompin
seharusnya dibangunkan kerana ia menjadi pusat persinggahan pelancong
untuk ke Pulau Tioman.
Buat masa ini pelancong lebih selesa
menggunakan Mersing, Johor untuk ke Tioman berbanding Tanjung Gemok, di
Rompin yang ketinggalan itu.
Menurut Mohd Nor, pilihan raya kecil biasanya memberikan durian runtuh kepada penduduk, harap Rompin tidak terkecuali.
No comments:
Post a Comment