Friday, 24 April 2015

TEMPO pertahan laporan kemewahan Najib, Rosmah







Pengarang Tempo mendakwa artikel itu ditulis berdasarkan sumber maklumat dipercayai yang dipilih secara cermat.







najib tempo








PETALING JAYA: Majalah Tempo mempertahankan artikel yang mengulas
kemewahan Perdana Menteri dan isterinya kerana menggunakan sumber berita
yang dipercayai.




Pengarang Kanan Tempo, Puwanto Setiadi berkata, pihaknya memilih
secara cermat sumber berita sebelum menyiarkan gaya hidup mewah Datuk
Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.




“Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.




“Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan,” katanya, lapor Malaysiakini.




Puwanto berkata, dalam artikel itu pihaknya turut menyiarkan ulasan
Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan kemewahan hidup Najib dan
Rosmah.




Susulan laporan itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri
Zahrain Mohamed Hashim mahu mengadakan perjumpaan dengan Pengarang
majalah itu untuk menerangkan kedudukan sebenar termasuk latar belakang
Perdana Menteri.




Mengulas perkara itu, Puwanto berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Zahrain dan sedia mendengar penjelasan versi Zahrain.




Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah
dalam edisi khas sempena Ulang tahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika di
Bandung.



Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri’ turut mendakwa gaya
hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib
sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.




Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.




Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.


No comments:

Post a Comment