Roketkini.com
IPOH: DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur rasuah atau
salah guna kuasa dalam penyelesaian Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
dengan pemaju yang gagal membina Pasar Borong dan Jeti Nelayan di
Manjong.
Menurut Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, laporan kewangan
berakhir 31 Disember 2015 menyatakan, MPM menandatangani perjanjian pada
4 Mei 2006 dengan pemaju Benua Kukuh Sdn Bhd bagi memajukan tanah 100
ekar di atas plot PT 12062-12074, HSD 26991-27003, Mukim Lumut di Jalan
Seri Manjung-Segari bagi membina pasar borong dan jeti nelayan.
Namun, pemaju tidak membinanya, sebaliknya MPM menerima 23 ekar
daripada 100 ekar tanah kosong yang telah ditambak sebagai balasan dalam
perjanjian usahasama tersebut.
“Saya memohon ahli-ahli MPM melihat semula perjanjian usahasama ini.
“Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dimohon menyiasat samada
terdapat unsur-unsur rasuh atau salahgunakan oleh MPM,” kata Ngeh dalam
kenyataannya hari ini.
No comments:
Post a Comment