Friday, 24 April 2015

UMNO tiada kaitan dengan bantahan salib







Bantahan yang disertai ahli UMNO dianjurkan atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan parti.







noh








SHAH ALAM: Protes anti salib di
Taman Medan pada Ahad lalu tiada kaitan dengan UMNO walaupun peserta
bantahan itu terdiri daripada ahli parti berkenaan.





Penjelasan itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.


Beliau menegaskan, protes yang disertai ahli UMNO itu dianjurkan atas
kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada hubung kait
dengannya.




Ahli Parlimen Tanjung Karang itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik nama NGO yang diwakili oleh peserta berkenaan.




“Perkara itu (demo) tidak ada kaitan dengan UMNO. Apa kena-mengena dengan UMNO. Mengapa mesti kaitkan dengan UMNO?




“Ada juga ahli UMNO yang jadi ahli PERKASA, ada yang jadi ahli
persatuan penduduk, awak kena tengok mereka bertindak atas kapasti apa,”
katanya ketika ditemui ketika lawatan ke Hospital Shah Alam pada
Selasa.




Noh menegaskan, UMNO Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan
terhadap ahli parti kerana mereka tidak menggunakan sepanduk yang
mengaitkan demo itu dengan UMNO.




Kenyataan Noh itu bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi
yang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan akan dikenakan terhadap
ahli UMNO yang mengambil bahagian dalam demo itu termasuk didakwa
mengikut Akta Hasutan.




Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan
telah mengubah pendirian dan menyatakan peserta demo boleh disiasat
mengikut Akta Hasutan, sekiranya ada laporan polis dibuat.


Salah seorang peserta demo anti salib itu, Abdullah Abu Bakar, yang
didakwa pemimpin UMNO bahagian dan merupakan abang kepada Khalid.




Manakala wanita yang dilihat memegang playcard ketika demo adalah
Munaliza Hamzah, bekas calon UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Taman Medan pada 2008.


No comments:

Post a Comment