Friday, 24 April 2015

Wanita tayang dada warga Iran







Wanita berkenaan dilaporkan mabuk selepas meminum bir.







pelancong-tayang-dada








PETALING JAYA: Polis sahkan wanita yang menanggalkan pakaian sehingga
separuh bogel dalam insiden pertengkaran di ibu negara adalah warga
Iran.




Dalam laporannya, ia memaklumkan kejadian berlaku pada 23 April 2015,
jam sekitar 4.30 petang di Restoran Kam Lian Kee No 49 Jalan Petaling,
Kuala Lumpur.




Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai identiti dan status wanita berkenaan.




Berdasarkan maklumat orang ramai warga Iran berkenaan telah makan dan
minum di restoran tersebut dan enggan membuat sebarang pembayaran
selepas dia selesai berbuat demikian.




Dia dikatakan berada dalam keadaan mabuk kemudiannya cuba meninggakan premis berkenaan.




Percubaan itu berjaya dihalang dan berlaku pergelutan yang kemudian
disudahi dengan aksi separuh bogel apabila dia bertindak menanggalkan
satu persatu bajunya.




Rakamannya kemudian dimuat naik di lama sosial dan kemudiannya menjadi viral.


No comments:

Post a Comment