Kebakaran









PUTRAJAYA - Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, satu kebakaran
telah berlaku di asrama penginapan pelajar Malaysia di Russian National
Research Medical University (RNRMU) di Moscow pada 22 April 2015 jam
11.30 malam.



Seramai 21 orang pelajar Malaysia terlibat dalam insiden ini. Kesemua
pelajar tersebut telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Tujuh
orang pelajar masih menerima rawatan lanjut. Pelajar tersebut adalah:



1. Mohannan Pattu

2. Pavin Raaj Selva Kumar

3. Praveena Sunthar Raj

4. Chen Wei Jun

5. Naveen Anbalakan

6. Zainal Nastaiin

7. Sharath Raj



Duta Besar serta pegawai-pegawai kedutaan telah melawat pelajar-pelajar
yang terlibat untuk mengetahui perkembangan semasa mereka.



Pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan pihak universiti untuk membantu mereka mendapatkan penginapan sementara.



Maklumat lanjut berkaitan perkembangan semasa kejadian dan keadaan para pelajar boleh diperolehi daripada:



Encik Francisco Munis

Timbalan Ketua Perwakilan

Kedutaan Besar Malaysia, Moscow





Tel No.: +7 499 147 1512 / 15 / 23



Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia



UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama : Syazwani binti Abd Latif

Assistant Director

Department of Communication and Public Diplomacy

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

Tel: 03 - 8887 4188

Emel: syazwani.abd@kln.gov.my


- Bernama