Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin
mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan
Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah
terkenal dengan kebijaksanaannya.
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai
‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan
kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal
dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan
itu lebih bijak di bandingkan Tun M?,” tulisnya di Facebook.
Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST
kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci
tentang GST daripada orang sekelilingnya.
Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat
Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi
negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.
Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang
melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau
kurang cerdik).
“Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh
ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti
menteri dan seumpamanya?,” tulisnya.
No comments:
Post a Comment