Tuesday, 28 April 2015

Apa sebenar pendirian PKR?






Apa sebenar pendirian PKR? Chee Wey bersama pempinan pemuda BN menunjukkan kain rentang mengenai kenyataan Anwar sebelum ini.








PERMATANG PAUH - PKR harus menyatakan pendirian yang jelas kepada
rakyat Permatang Pauh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata, pendirian itu perlu
dijelaskan kerana sebelum ini bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang
juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut
pembangkang akan melaksanakan GST jika memerintah negara.



Beliau berkata, timbul kekeliruan apabila PKR sebelum ini menyokong
pelaksanaan GST namun sekarang menjadikan isu itu sebagai modal kempen
memburukkan kerajaan kepada rakyat Permatang Pauh.



"Kita ingin bertanya kepada PKR adakah mereka bantah disebabkan mahu
mendapat sokongan rakyat atau bersetuju dengan prinsip GST dan akan
melaksanaannya jika memerintah.



"Bukan kami sengaja mengada-adakan cerita tetapi ia keluar sendiri dari
mulut Anwar pada satu sidang media di parlimen dan dilaporkan oleh
beberapa media," katanya pada sidang media di pusat operasi BN di sini,
hari ini.



Sehubungan itu, PKR perlu menyatakan segera pendirian mereka dan tidak
mengelirukan rakyat Permatang Pauh mengenai pelaksanaan GST di negara
ini.


No comments:

Post a Comment