Mahathir ketika berucap pada Minggu Media Sosial di Berjaya Times
Square Hotel, di Kuala Lumpur, hari ni. - Foto Sinar Online oleh NIZAM
ZAIN.
KUALA LUMPUR - "Saya doakan dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam
keadaan baik," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau juga tidak memaksa Najib untuk menerima segala teguran dan
kritikannya termasuk menggesa perdana menteri itu bersara kerana itu
adalah hak Najib.
"Saya komen perkiraan (risiko politik BN), itu dia punya hal lah, dia
nak dengar atau tak," katanya kepada pemberita selepas berucap pada
Minggu Media Sosial di Berjaya Times Square Hotel, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian terhadap reaksi balas Najib hari ini bahawa
presiden Umno itu tidak keseorangan ketika berdepan dengan kritikan
hebat daripada Dr Mahathir.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sama sekali tidak berasa keseorangan, kata Najib]
Najib juga berkata beliau tidak pernah berasa keseorangan, sebaliknya beliau sentiasa ditemani dengan begitu baik.
Ketika ditanya perkara sama ke atas Dr Mahahir, beliau bagaimanapun
berkata beliau kini tidak bersendirian kerana sentiasa mendapat sokongan
daripada banyak pihak termasuk media.
"Kalau awak semua di sekeliling saya, bagaimana saya keseorangan?" soalnya dengan sinis.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mengulangi tuntutannya supaya kerajaan
perlu menjelaskan kedudukan sebenar wang negara oleh 1Malaysia
Development (1MDB) yang disimpan di sebuah bank, di Singapura.
"Kerajaan kena jelaskan apa yang sepatutnya berlaku (duit) yang
sepatutnya berada di bank Singapura tapi tiada di bank Singapura.
"Itu antara persoalan yang kerajaan masih belum menjawab, bahkan duit
itu juga tiada di Malaysia, di mana duit itu?" soalnya lagi.
Dr Mahathir juga mengakui kegagalan pelaburan 1MDB juga didakwa menjadi
punca kepada kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM) pada masa ini.
"Ia akan menjejaskan nilai RM, apabila ekonomi negara tidak dalam
keadaan baik, ia boleh sebabkan kejatuhan nilai RM," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment