Peluang kepada rakyat Rompin ,menghantar isyarat kepada kerajaan BN supaya jangan mengambil mudah penderitaan rakyat.
ROMPIN : Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin adalah petunjuk kezaliman
terhadap rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata
Calon Pas, Nazri Ahmad.
Katanya, PRK itu merupakan peluang yang diberikan Allah kepada
penduduk Rompin menghantar isyarat kepada BN supaya tidak
sewenang-wenangnya mengambil mudah penderitaan rakyat.
“Beberapa hari kerajaan selepas BN laksanakan cukai GST, tiba-tiba Allah takdirkan berlakunya PRK Rompin.
“Mungkin Allah swt beri peluang kepada rakyat Rompin supaya buktikan
PRK ini sebagai isyarat kepada kerajaan jangan sewenang-wenang ambil
mudah tentang penderitaan rakyat. Jangan sewenang-wenang laksanakan
sesuatu akta dan percukaian,” katanya pada ceramah politik di Bandar
Rompin pada Selasa.
Yang Dipertua Pas Rompin itu berkata, dia setuju untuk bertanding
kerana mahu menegakkan perjuangan Pas dengan melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri
Dr Jamaluddin Jarjis, yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA), dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Jamaluddin mengekalkan kerusi
yang disandangnya hampir enam penggal setelah mengalahkan bekas ketua
Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar. Pengundian awal akan diadakan pada 30 April dan pengundian pada 5 Mei.
No comments:
Post a Comment