JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong
Wei dikenakan penggantungan selama lapan bulan selepas didapati bersalah
menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia
di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.
Begitupun, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia boleh
menarik nafas lega apabila tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia
(BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April
lalu memutuskan tarikh penggantungan bermula pada 30 Ogos tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF hari ini, keputusan itu
menyaksikan tempoh penggantungan Chong Wei akan tamat 30 April ini
(Khamis ini).
Sekali gus, membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen
Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir
jam 12 tengah malam ini.
No comments:
Post a Comment