Friday, 24 April 2015

PM, isteri berjaya ketepi saman balu PI Bala

MALAYSIAKINI















Datuk Seri Najib Razak dan isterinya berjaya mengetepikan saman RM1.9
juta selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan A Santamil Selvi, yang
bertindak bagi pihak penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam.



Mahkamah itu sebulat suara memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh peguam Santamil Americk Sidhu, sebagai cacat.



Mahkamah juga membenarkan permohonan adik Najib, Johari and Nazim,
bersama peguam kanan Cecil Abraham dan anaknya Sunil Abraham, peguam M
Arunampalam dan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, untuk
mengetepikan notis rayuan itu.



Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh juga mengarahkan Santamil membayar RM5,000 sebagai kos untuk setiap mereka.



Bagaimanapun, saman terhadap ahli perniagaan permaidani Deepak
Jaikishian diteruskan seperti bias selepas dia tidak memfailkan
permohonan untuk menolaknya.



Hakim lain dalam panel itu ialah Abdul Rahman Sebli dan Zamani A Rahim.




No comments:

Post a Comment