Friday, 24 April 2015

[PANAS] Siapa Tanggung 250 Jemputan Ke Majlis Resepsi Di Kazakhstan?


KELAB GREENBOC






















Majlis resepsi anak PM selesai



Majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur berlangsung dengan meriah di Almaty,
Kazakhstan.




Menurut kenyataan yang disiakan Jabatan Perdana Menteri, majlis Nooryana Najwa Najib dan suaminya, Daniyar Kesikkbayev telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan dihadiri 250 jemputan dari Malaysia.



Ia berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 19 April lalu. Berbeza
dengan majlis di KLCC sebelum ini, ia diberikan liputan dan gambar
pasangan serta keluarga masing-masing disiarkan media.



Sebelum majlis resepsi bermula, Perdana Menteri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.







Di mana Najib?







Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di
Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan
Nazarbayev.



Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.



Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.



Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.



Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau
diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.



Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri
ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.
-FMT




ULASAN GB


Baru saja Tun Mahathir menyelar gaya hidup mewah Najib & Rosmah, tup-tup Najib dan Rosmah hilang lagi, rupa-rupanya ke Kazakhstan untuk majlis resepsi perkahwinan anaknya di sana.


Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya
diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan.


Dilaporkan seramai 250 orang jemputan dari Malaysia mengikuti rombongan
tersebut. Wah ramai tu... Berapa kos dan siapa yang menanggung
perbelanjaan? Mungkin ia acara persendirian Najib dan Rosmah dan tidak
sepatutnya ditanggung oleh negara.


Tetapi berdasarkan maklumat di akhbar Kazakhstan satu pertemuan dua
hala di antara Najib dan Presiden Kazakhstan telah berlansung pada
Nursultan Nazarbayev pada 17 April yang lalu. Bererti lawatan Najib itu
ke Kazkhstan itu adalah satu LAWATAN RASMI yang ditanggung dengan wang
rakyat.



Apakah ia juga bererti kesempatan itu digunakan oleh Najib dan Rosmah membawa 250 orang jemputan untuk majlis yang bukan majlis rasmi negara iaitu majlis resepsi perkahwinan anaknya dengan ditanggung menggunakan wang rakyat?


Nampaknya dari awal, Najib dan PMO telah sembunyikan laporan Najib &
dan Rosmah ke Kazakhstan itu bersama-sama lebih 250 jemputan dari
pengetahuan rakyat.


No comments:

Post a Comment