| HARAKAHDAILY |
AKTA Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bukan sahaja tidak selari dengan tindakan yang dibenarkan d
Islam, malah akan mencetuskan suasana yang lebih buruk apabila turut
memberi kesan kepada Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini antara yang
ditekankan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik
Muhammad Zawawi Salleh.
Ikuti pandangan beliau
dengan lebih lanjut mengenai akta yang diluluskan seawal pagi 7 April
dalam wawancara Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada
15 April lalu.
WARTAWAN: Apakah kedudukan dalam Islam
mengenai undang-undang drakonian terutama POTA yang diluluskan dalam
persidangan Parlimen baru-baru ini?
USTAZ NIK MUHAMMAD
ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam hukuman itu ada tetapi asas hukuman dalam
Islam ini mesti diketahui mana yang salah dan mana yang benar. Islam
membuka peluang kepada pesalah untuk dia bela diri.
Islam juga buka peluang kepada orang yang menuduh ini untuk membuktikan tuduhannya.
Sebab itu mana-mana peraturan yang ada dalam dunia hari ini seperti
POTA, ISA dan apa juga nama sekalipun sekiranya tidak ada peluang bagi
orang yang dituduh itu membela diri dan orang yang menuduh itu pula
tidak mampu membuktikan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka ia
bercanggah dengan Islam dan agama.
Jadi, apa yang berlaku dalam negara kita, dikatakan ISA digantikan dengan Sosma dan kini POTA pula menyamai ISA.
ISA adalah undang-undang yang tidak memberi peluang kepada orang yang
dianggap bersalah membela diri. Sebab itu kita tentang ISA. Manamana
kesalahan yang dituduh dilakukan, belum tentu lagi dia salah. Mungkin
ada faktor yang lain yang menyebabkan sesuatu situasi itu. Pihak
kerajaan atau pihak rakyat di Malaysia tidak boleh menuduh
sewenang-wenangnya.
Apa yang kita nampak, di pihak kerajaan sendiri,
kerajaan menggunakan nama kerajaan untuk bertindak apa sahaja. Ini tidak
dibenarkan dalam Islam. Sebab itu Allah sangat-sangat murka kepada
orang yang menuduh kepada sesuatu kesalahan itu tanpa dibicarakan.
Terdapat
peruntukan dalam POTA yang menahan mangsa tanpa jangka masa dan tanpa
perbicaraan. Adakah ini bertentangan dengan Islam?
Pada
zaman Sayidina Ali Bin Abi Talib, walaupun dia seorang khalifah, dia
sanggup mendedahkan dirinya kepada perbicaraan. Itulah keadilan Islam.
Sebab itu kita rasakan situasi kerajaan mengenakan undang-undang zalim
ini, pada waktu yang sama apabila kerajaan Kelantan mengemukakan Kanun
Jenayah Syariah, kita mengharapkan rakyat boleh menilai dengan bijak
Kanun Jenayah Syariah.
Tidak adapun satu klausa yang membolehkan
pihak kerajaan dan boleh tuduh siapa sahaja yang dia hendak tuduh. Dalam
Islam tidak ada perkara ini. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat
ketara antara syariat Islam dengan undang-undang yang berasaskan kepada
ideologi manusia.
Apakah kesan buruk kepada negara apabila meletakkan hukuman seperti ini daripada segi perkembangan Islam dan juga sosial?
Saya menganggap POTA ini adalah undang-undang yang sangat lapuk dan
tidak sesuai dengan zaman moden dan zaman teknologi maklumat ini.
Undang-undang seumpama ini yang semua orang tahu dilaksanakan di Malaysia untuk kepentingan politik yang sempit.
Apabila kerajaan mementingkan politik yang sempit, kerajaan akan menghadapi situasi yang lebih buruk.
Yang pertama, apabila masyarakat dunia luar melihat undang-undang yang
ada di Malaysia ini tidak ada arah tuju yang jelas, maka ia memberi
kesan kepada pelabur-pelabur asing. Jadi, negara akan rugi apabila
pelabur asing tidak masuk ke negara kita. Dalam waktu yang sama imej
negara dianggap sebuah negara yang kuno dan tidak bertamadun, yang mana
pemimpin negara menjatuhkan hukuman ke atas rakyat tanpa dibicarakan.
Ini satu perkara yang memberi kesan yang sangat besar.
Kesan
kedua yang perlu kita ingat, mana-mana perundangan yang kita laksanakan
dalam negara yang bercanggah dengan prinsip agama, ia akan ditarik
keberkatan oleh Allah. Apabila Allah tarik keberkatan, kita kena ingat
tidak ada apa yang untung.
Bahkan kita akan berhadapan dengan kerugian yang sangat banyak apabila tiada keberkatan.
Bagaimana pula dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan apabila pembangkang terutama Ahli Parlimen membantah Akta ini?
Sebab itu kita minta pihak berkuasa supaya menilai situasi ini dengan
cara yang baik. Pembangkang di negara ini bukan hendak meruntuhkan
negara. Sebaliknya pembangkang hendak membina negara. Pembangkang di
Malaysia berada dalam situasi yang benar. Bukannya membangkang
semberono.
Apabila kerajaan bersikap seperti ini dan tidak
menjawab dengan hujah, tetapi menjawab dengan undang-undang, suatu masa
apabila semua perkara kerajaan menjawab dengan undangundang, ia akan
menimbulkan situasi yang tidak baik dalam negara. Apa salahnya kerajaan
jika memberi jawapan secara hujah kerana kerajaan memiliki media dan
dapat menjawab dengan profesional. Dengan itu rakyat boleh menilai
dengan baik.
Apabila kerajaan menggunakan undang-undang ini, ia
akan mencetuskan situasi yang tidak baik dalam negara. Mungkin akan
berlaku demonstrasi secara besar-besaran sebagaimana di Thailand.
Sebab
itu kalau kita lihat di negara-negara maju mereka memberi peluang
kepada rakyat untuk bercakap dan memberi pandangan dalam televisyen. Ini
kerana pandangan-pandangan yang diberikan rakyat ini ia amat berguna
kepada negara.
Ia boleh membangunkan dan memajukan negara. Jika
dibuka secara umum kepada rakyat untuk memberi pandangan, ia dapat
membendung gejala penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah. Ini kerana
seseorang pemimpin itu takut untuk melakukan tindakan yang tidak
sepatutnya apabila rakyat diberi ruang menyatakan komen dan pandangan di
televisyen.
Jadi, jika kerajaan mengambil sikap untuk menjawab dengan undang-undang, ia tidak memberi keuntungan kepada negara.
Adakah wajib bagi rakyat membangkang undang-undang yang zalim seperti POTA ini?
Rakyat wajib membantah setiap perkara yang bercanggah dengan agama.
Umat Islam mesti tunjuk satu sikap yang jelas dan membangkang apa sahaja
peraturan-peraturan yang diperkenalkan yang bercanggah dengan agama
Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, dia mesti menunjukkan sikapnya yang
tidak bersetuju apabila perundangan ini bercanggah dengan akal dan
tamadun manusia, kebebasan dan hak-hak bersuara. Sepatutnya semua
lapisan masyarakat menunjukkan sikap yang jelas bahawa rakyat dalam
negara kita secara khususnya menolak undang-undang sebegini.
Wajarkah seseorang yang disyaki terlibat dengan keganasan ini dibawa ke mahkamah syariah?
Sangat wajar kerana dalam Islam kena tengok kesalahan yang dilakukan
itu. Islam tengok pada punca yang sebenar. Dalam hal ini sukar untuk
saya jelaskan dalam waktu yang singkat.
Istilah keganasan kadang-kadang digunakan pihak kerajaan dalam keadaan kerajaan sebenarnya yang mencetuskan keganasan.
Yang mencetus keganasan di Timur Tengah adalah Amerika Syarikat. Begitu
juga dalam negara kita, yang mencetus keganasan adalah kerajaan
Malaysia, Umno dan BN. Sebab merekalah yang mencetuskan situasi
keganasan.
Sebab itulah istilah keganasan ini satu istilah yang
perlu dihalusi oleh semua rakyat dan jangan sekali-kali keganasan ini
kita tuding kepada pembangkang. Sedangkan orang yang benar-benar ganas
dalam konteks Malaysia adalah kerajaan. Jika kita lihat pelaksanaan GST,
ia juga satu perkara yang ganas. Tetapi ia telah dipusingkan. Kalau ada
rakyat yang menyatakan pandangan dengan agresif, maka dituding sebagai
pengganas.
Tetapi jika kerajaan buat perkara yang ganas, disembunyikan. Ini satu perkara
No comments:
Post a Comment