Friday, 24 April 2015

Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang







Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan
harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)
dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.







ahmad-maslan-facebook








PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja
menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan
pembangkang.




Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang
sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan
Nasional (BN).




Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan
hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).




“Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif
baik kerajaan BN. Mereka suka ‘sabotaj’ ekonomi negara ini,” katanya di
status Facebook.




Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus
kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk
dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.




“Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1
April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli,
sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia,” katanya.




Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan
GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak
dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan,
pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.




Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana
pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana
tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk
terus merosakkan minda rakyat.




“Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada
SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan,”
katanya.


No comments:

Post a Comment