Tuesday, 28 April 2015

Muhyiddin sindir Wan Azizah










Muhyiddin mempersoalkan keupayaan Wan Azizah
untuk berlaku adil kepada pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh
kerana pada masa beliau menjadi ADUN Kajang.







sindir azizah






PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden
UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi bertanding di Pilihan Raya
Kecil (PRK) Permatang Pauh.





Beliau mempersoalkan keupayaan Dr Wan Azizah untuk berlaku adil
kepada penggundi di Permatang Pauh sekiranya dipilih kerana pada masa
sama menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kajang.




Katanya, faktor itu amat berbeza dengan calon BN, Suhaimi Sabudin yang sentiasa berada di kawasan berkenaan




“Saya percaya Suhaimi akan berada di kawasan ini sepanjang masa dia
tidak akan pergi ke negeri lain, (cuma) saya curiga kalau ada calon lain
dipilih tidak ada masa untuk membela rakyat.




“Macam calon kita yang bertanding hari ini ada juga kawasan di Kajang
bagaimana nak jaga Kajang nak jaga Permatang Pauh, saya sukar percaya
untuk beliau berlaku adil dari segi pembahagian masa,” katanya kepada
pemberita selepas penamaan calon hari ini.




Pada masa sama, Muhyiddin turut menggunakan pendekatan lama untuk
menarik hati pengundi di kawasan ini dengan menjanjikan pembangunan
lebih baik jika BN menang.




“Sejak sekian lama kawasan ini di bawah PKR, kawasan ini tidak
mendapat perhatian, malah penduduk kawasan ini dahagakan pembangunan,
bagi peluang kepada BN untuk menjadi wakil disini kita akan jadikan
Permatang Pauh kawasan angkat” katanya.




Berhubung dengan serangan yang akan dibuat pihak pembangkang mengenai
isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepanjang berkempen, beliau
berkata ia tidak menjadi masalah kerana BN akan cuba untuk memberi
penerangan secara menyeluruh.



No comments:

Post a Comment