Zahidi Hamidi berkata peserta boleh
dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula
berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan.
SERDANG: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi
kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling
Jaya pada Ahad lalu.
Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya
dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada
Isnin.
Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan
Akta Hasutan.
“Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan
bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan
kerana tidak melibatkan unsur hasutan.
Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.
“Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu
menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di
sana tentang kedudukan gereja itu,” tegas Khalid.
No comments:
Post a Comment