Oleh Ng Kee Seng
Wah! Sejak bilakah BN Gerakan mengambil berat mengenai "kebajikan" politik PKR dan Pakatan
Rakyat? Atau adakah Gerakan telah membelot, mensabotaj BN-Umno di
Permatang Pauh?
Harapanlah! Tidak mungkin, kerana Gerakan akan terus
melekap dengan BN-Umno seperti lintah.
Itu semua adalah desas-desus politik bodoh oleh ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
The
Star Online memetik Tan sebagai memberi amaran yang Pakatan akan
mengalami tindak balas jika ia membuat keputusan untuk meletakkan ahli
keluarga Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil
Permatang Pauh 7 Mei.
Betul ke? Tan, mengapa tidak biarkan saja PKR
melakukan kesilapan dan menjejaskan peluangnya dalam pilihan raya kecil,
dengan meletakkan presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail atau ahli-ahli
keluarga Anwar yang lain.
Hakikatnya adalah BN takutkan tindak
balas terhadap penahanan Anwar dan banyak isu-isu sosio-ekonomi yang
memberi kesan terhadap rakyat Malaysia, disebabkan parti itu.
1Malaysia Development Berhad yang dibebani hutang bernilai RM42 bilion,
hutang persekutuan yang meningkat, memaksa rakyat Malaysia membayar
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) setiap saat walaupun hanya untuk
teh tarik dan roti canai, meminda Akta Hasutan untuk mengetatkan
penguatkuasaannya dan menjahit bibir rakyat, menggantikan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan Akta Pencegahan Keganasan (Pota)
untuk memudahkan lagi penahanan tanpa perbicaraan, toleransi berterusan
terhadap golongan fanatik kaum dan agama, dan lain-lain lagi.
Tan mendakwa yang satu kajian lapangan menunjukkan bahawa
pengundi-pengundi akan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka jika PKR
mencalonkan sama ada Azizah, atau anak perempuan Anwar, Nurul Nuha.
"Ia terbukti apabila Anwar telah disabitkan buat pertama kali pada
tahun 1999, Azizah bertanding dan mengambil alih tempatnya. Kemudian
pada tahun 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan
kepada Anwar.
"Ia berlaku sekali lagi sekarang, Anwar telah
disabitkan dan mereka sedang merancang untuk mencalonkan ahli
keluarganya," katanya pada sebuah sidang akhbar selepas mempengerusikan
sebuah mesyuarat pilihan raya kecil akhbar.
Betulkah, Tan? Siapa
sebenarnya yang menyebabkan Anwar dipenjara di bawah keadaan yang
mencurigakan, dan memaksa pilihan raya kecil dijalankan?
Tan
menambah: "Baru-baru ini turut dilaporkan bahawa PAS Permatang Pauh
turut 'memberi amaran' supaya PKR tidak mencalonkan mana-mana ahli
keluarga Anwar.
"Perlu ada perubahan di Permatang Pauh, dan ini
adalah peluang kepada pengundi untuk 'ubah' (perubahan)," kata Tan,
merujuk kepada slogan DAP "Ubah".
Pihak yang benar-benar
memerlukan perubahan adalah Tan dan Gerakan, untuk mengumpul keberanian
dan komitmen dalam menghadapi Umno dan menghentikan golongan fanatik
perkauman dan agama yang sedang bermaharajalela.
Tan mendakwa yang Gerakan juga telah merangka strategi untuk menentang Pakatan di Permatang Pauh.
"Kami akan melawan pakatan pembangkang menggunakan media sosial. Itu
adalah alat yang mereka telah gunakan untuk bermain permainan persepsi
dengan rakyat.
"Sudah tiba masanya kami berhadapan dengan mereka
menggunakan alat mereka. Selain itu, kami berharap untuk melihat
sejumlah 500 belia dari Gerakan untuk membantu dalam pilihan raya kecil
ini," katanya.
Betul ke? Bukankah Gerakan ada berbuat demikian dalam PRU13, selepas kalah teruk dalam PRU12?
No comments:
Post a Comment