pada sidang media selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan
Konservasi bertajuk Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di
Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. Foto Sinar
Online oleh NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - Perbalahan dua negarawan, antara Tun Dr Mahathir Mohamad
dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membawa sebarang kebaikan
kepada negara.
Demikian kata bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi
sambil menasihatkan semua pihak terlibat supaya menjalankan tugas dengan
sebaik mungkin.
"Apa yang sedang berlaku sekarang ini tidak akan membawa kebaikan kepada kita.
"Dengan apa yang saya lihat, apa yang berlaku, saya dengar apa yang
mereka cakap, tiada kebaikan kepada masing-masing, biarlah dia (Najib)
tentukan (kerana) tidak beri kebaikan kepada parti dan masyarakat,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan
Konservasi bertajuk Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas serangan berterusan oleh Dr Mahathir
terhadap kepimpinan negara berikutan Najib masih memilih untuk bersikap
berdiam diri daripada menjawab segala persoalan yang ditimbulkan sejak
akhir ini.
Kritikan Dr Mahathir yang bermula dari blognya Chedet dan kini ke
pentas dialog terbuka menunjukkan serangan tersebut tidak akan terhenti.
Mengulas lanjut, ketika ditanya kewajaran Najib menjawab segala
persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir, beliau bagaimanapun berkata,
Perdana Menteri mesti melakukan sesuatu tindakan.
"Najib akan putuskan, Najib tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Dia mesti buat sesuatu tentang perkara ini.
"Sebab dia itu perdana menteri, sesiapa yang menjadi perdana menteri
ada tanggungjawab untuk memberitahu kepada orang ramai apa perkara
penting kepada dia kerana dia pemimpin parti," ujarnya.
Beliau juga berkata, sudah sampai masanya Najib melakukan sesuatu dan tidak boleh lagi berdiam diri.
"Itu yang dia nak cakap, kena beritahu la. Takkan dia senyap, tak tahu
langsung, saya rasa perkara itu normal untuk menyampaikan apa pandangan
dia," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment