Tuesday, 26 May 2015

Exco: RM12 juta naik taraf jalan kampung seluruh Selangor





Oleh: NAZLI IBRAHIM






AMPANG: Kerajaan Selangor sudah meluluskan peruntukan RM12
juta bagi menaik taraf jalan kampung seluruh negeri itu, kata Exco Hal
Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan
Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.




Katanya peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan dari
semasa ke semasa dan jumlah itu tidak termasuk jalan di bawah peruntukan
Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris)




“Kita dah luluskan peringkat bahagian agihan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) membabitkan dua daerah untuk naik taraf ini.




ketua kampung 1



“Kita
dalam usaha luluskan bagi semua daerah sebelum Jun ini. Walaupun saya
rasa RM12 juta ini tidak terlalu besar tetapi kita lihat hasil selepas
itu untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi
pembangunan.




“Ia melibatkan infrastruktur jalan kampung, parit, longkang, lampu
jalan, jambatan dan kemudahan lain kerana melibatkan kos yang tinggi,”
katanya.




Dr Ahmad Yunus berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup
Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Ketua-Ketua Kampung Selangor Siri
4/2015 di Hotel De Palma, di sini, hari ini.




Beliau berkata, kelulusan itu termasuk jalan kampung yang terletak di
atas tanah persendirian tetapi melibatkan kepentingan awam.




“Kita akan naik taraf jalan ini dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari pemilik tanah,” katanya.-NFN-







Luahan isi hati Hadi Awang







Hadi menegaskan hatinya tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun dilempar pelbagai tuduhan.







hadi,guan eng








KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan isi hatinya selepas dituduh sudah
berpaling kepada UMNO oleh Lim Guan Eng.





Katanya, walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan, hatinya masih tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).




“Dia (Lim Guan Eng) ‎ dia tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati
dia, mana kita tahu hati orang,” katanya ketika ditemui di Lobi
Parlimen.




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Abdul Hadi
telah bersama UMNO walaupun batang tubuhnya dilihat masih bersama
Pakatan Rakyat.




Ahli Hadi,Ahli Parlimen Marang, berkata buat masa ini Pas setia
bersama PR tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan
datang.




Katanya, sama juga seperti dirinya yang tidak tahu sampai bila akan hidup dan bila akan mati.




“Sekarang masih bersama PR. Saya duduk dikerusi yang sama dan mungkin akan datang saya tidak tahu.




“Saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak. Kalau ikut sejarah
semuanya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan
biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.




“Konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian,” katanya.


Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar







PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.







bung-moktar-parliament








KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua
Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi
pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang
sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).




Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal
ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam
syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).




“Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.




“Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan
memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB,” katanya di Parlimen.




Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya
menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB,
Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.




Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.




Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan
pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul
Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.




Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga
bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.




Pada masa sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang turut menyelar
tindakan Arul dan Shahrol yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat
siasatan PAC itu.




Tegas Kit Siang, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan kepada mesyuarat itu dan bukannya memberi pelbagai alasan.




“Siasatan ini sangat besar dan penting dan tidak seharusnya Arul dan Shahrol memberi alasan sedemikian,” katanya.


Muhammad Taib menyatakan yang benar tentang Pas






MSO





Luahan hati bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib terhadap parti
Pas yang baru dianggotainya semalam pahit untuk didengar tetapi itulah
hakikatnya. Katanya, dia sudah kurang senang dengan perkembangan yang
ada dalam Pas kini terutamanya aksi anak-anak muda yang pulang dari
Timur Tengah yang ghairah mahu menguasai Pas.



Mereka itu kata Mohamad, ingin menguasai Pas sampai memburukkan sama
sendiri dan berpuak-puak. Mereka memang pandai membaca ayat-ayat Quran
dan hafal hadith tetapi cetek dalam politik.



Katanya, kalau jadi imam bulan puasa mereka baca ayat Quran
panjang-panjang, tetapi bila ditanya soal semasa, mengenai GST, 1MDM dan
sebagainya mereka tidak tahu.




Beliau sangat bimbang dengan golongan yang mengakui pejuang agama ini
tetapi cetak dalam politik akan menyebabkan Pas rosak. Muhammad yang
juga Penolong Ketua Pengerangan Pas, tidak percaya mereka mampu jadi
perdana menteri dengan pengetahuan sebegitu.



Dalam bahasa lain Muhammad tidak percaya Pas menjadi partikuat dan
disegani kalau ianya ditadbirkan oleh golongan yang menganggap mereka
ahli syurga, tanpa mengambil kira kepada golongan profesional.



Dalam pada itu beliau mahukan Pas kembali memilih pemimpin yang rasional
seperti Tokguru Nik Aziz yang dapat diterima oleh semua pihak dan kaum.
Negara ini bermasyarakat majmuk, maka susana itu perlulah diambil kira.



Muhammad juga tidak faham dengan sikap sesetengah ahli Pas yang
mengharapkan kepada keredhaan Allah semata-mata, tetapi tidak berminat
untuk ke Putrajaya. "Saya rasa ada something wrong kepada mereka," katanya.



Beliau juga berterus terang disamping bimbang dengan Pas yang kini
mengeruh apabila ghairah untuk memegang jawatan, Pas akan memikirkan
kembali kedudukannya dalam Pas. Apa dibayangkan Muhammad itu sekiranya
Pas dikuasai oleh golongan konservetif yang pandai membaca Quran tetapi
jahil politik dia juga akan memikirkan semula kedudukannya dalam Pas.



Pandangan atau sikap diambil Muhammad itu bolehlah dianggap sikap
golongan cerdik pandai atau profesional yang menyertai Pas kerana tidak
yakin dengan parti Umno kini.



Secara jujur saya sedikit terasa dengan kenyataan Muhammad itu, tetapi
itulah hakikat yang berlaku kini. Tidak mustahil kalau apa yang
dibimbangi bekas Naib Presiden Umno itu berlaku, menyebabkan kehebatan
Pas selama ini yang dianggap parti yang berdisiplin dan kurang krisis
akan hancur.



Muhammad menyatakan demikian dalam farum bertajuk "Mencari pemimpin baru Malaysia" yang diadakan di Petaling Jaya semalam.




Units adalah matawang terbaru dan video Muhyidin Yassin.




sakmongkol.blogspot



Matawang yang
terbaru dalam dunia dijumpai di Malaysia. ia dinamakan units. Satu syarikat Malaysia yang tersohor, yang dikenali sebagai
1MDB telah membawa balik 2.318 billion units dan menyimpan nya disebuah bank
Singapura bernama BSI.






Syarikat Malaysia
ini telah menggunakan units untuk bayar hutang dan menggunakan nya sebagai
sekuriti meminjam RM3.6billion dari consortium bank yang diketuai oleh Deutsche
Bank Singapura.






Dari 2.318billion
units ini, 1.215billion units telah digunakan untuk membayar faedah pinjaman dan
juga membayar satu pihak yang dihutangi oleh 1MDB. Nama pihak itu ialah Aabar.






Baki nya,
sebanyak 1.103billion units masih ada dalam bank BSI. Menurut Husni Hanazliah,
kerajaan akan cuba membawa pulang 1.103 billion units ini dengan kadar segara.






Apa yang hendak
dibawa balik?






Soalan saya
ialah Dato Husni Hanazliah ini tidur atau minum air ketum? saya tidak faham
satu perkara.






Macam mana mahu
bawa balik sesuatu yang kita tidak hak milik keatas nya? Bukankah 1.103 billion
units ini telah digunakan sebagai sekuriti untuk pinjaman sebanyak RM3.6
billion dari Deutsche Bank? Tentulah deutsche bank ada lien keatas 1.103billion
units ini bukan?






Mengikut Husni
2.318billion units ini bernilai USD2.318 billion juga kerana ia disokong nilai
nya oleh beberapa dana daulah atau sovereign funds. Ini satu matawang baru mungkin
digunakan oleh organisasi penyamun
sedunia.






Isiu apa benda
yang sebetulnya disimpan dalam akaun BSI Singapura menjadi lebih mengelirukan
hari demi hari. Orang putih kata it’s getting more bizarre by the day. Seperti yang
dikata dalam Alice in Wonderland- it’s getting curiouser and curiouser ….






Kali ini, Husni
Hanazliah menyebabkan kita tambah keliru dan pusing kepala. Memang kerja
pemimpin kerajaan memutar belit kah? Tolong beritahu rakyat Malaysia supaya
kita semua jangan keliru- apa benda nya units itu. Tolonglah beritahu.






Bila di tanya
pemberita apa units itu dia jawab units, just units. “They are units, backed by
sovereign wealth funds. Benda apa pulak ni? Can’t the government be upfront and
direct?






But I don’t know
what are units. Please explain. Juga sila beritau- sovereign wealth funds mana
pulak? Adakah Husni mahu gali lubang
lain pulak dan menyebabkan banyak persoalan lagi.






Husni Hanazliah
kata Putrajaya salah tafsir units yang di-redeem atau ditebus oleh 1MDB dari
Cayman Islands. Siapa salah tafsir?






Adakah maksud
Husni - pegawai di kementerian kewangan tidak tahu membezakan antara wang tunai
dengan benda yang disebut sebagai units.
Malu nya pegawai di kementerian.dari KSP, TKSP, dan pegawai2 lain.






Rupa2 nya bukan
wang tunai. Tapi units. Saya sendiri pun tak faham apa dia units. Dan Husni
tidak menerangkan apa dianya units itu. Kalau kita belajar ekonomi dan saya
diberitahu Husni pun belajar ekonomi- unit of account itu ialah duit.






Jadi apa dia units yang disebut Husni? Kertas siberhutang?
sijil saham?, bon perbendaharaan? Token? Inikah yang dibayar oleh yang berhutang kepada
1MDB? Some form of debt papers
denominated in US currency?






Membuat orang
bertanya- mengapalah pandir sangat 1MDB menerima bayaran selain dari wang
tunai? Bukankah PM Najib selalu kata cash is king? Apa jenis pengurusan dan
lembaga pengarah yang menerima bayaran orang yang berhutang pada mereka dalam
bentuk units dan bukan tunai?






Cerdik atau
tidak? Sedangkan bukan main lagi cakap besar nya pengurusan 1MDB kata
pengurusan mereka terdiri dari individu yang cerdik pandai. Dan lembaga
pengarah 1MDB- bukan kah mereka pandai2 belaka?






Kenapa syarikat
1MDB menerima bayaran hutang mereka dalam bentuk units yang bukan tunai?






Siapa pula yang
mengelirukan Putrajaya?






Jadi yang
mengelirukan Putrajaya ialah pengurusan dan lembaga pengarah yang tidak
menerangkan kepada Putrajaya, terutama kepada pegawai di Perbendaharaan- benda
yang di tebus dan dibawa pulang ke Singapura itu bukan wang tunai USD. They are units, just units.






Dan bayaran dari
tranche pertama yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar Aabar dan faedah
pinjaman – adakah juga dalam bentuk units? Saya harap Husni Hanazlah boleh
menerangkan kepada semua.






Jika tidak, mana
boleh tranche pertama dalam bentuk wang tunai USD tapi tranche kedua dalam
bentuk units? Apa kena dengan kepala 1MDB?






PAC patut
menyiasat apakah benda yang dimanakan ‘units’ oleh Husni Hanazliah yang
digunakan untuk bayar faedah hutang dan membayar Aabar. Panggil Aabar dan
pemberi hutang yang menerima bayaran dalam bentuk units keatas faedah pinjaman
yang mereka berikan 1MDB.






Ini mesti kes
pertama dalam dunia, peminjam menerima bayaran dalam bentuk units- apa lah agak
nya yang disandarkan kepada USD. Mungkin units ini ukiran binatang yang
diperbuat dari jade yang setiap satu dinilaikan dalam USD.






Tranche kedua,
sebanyak US1.03billion, juga dalam bentuk units disimpan dalam BSI Singapore. Saya
hanya tidak faham- jawapan yang diberi menyebut perihal dana atau funds. Bolehka
dana atau funds itu ujud dalam bentuk selain dari wang tunai? Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mengapa disebut dana
dalam mata wang
USA?






Jawapan dalam
parlimen sahih menyebut matawang USA.






Kemudian,
mustahil dana ini dalam bentuk selain dari wang tunai USD kerana jawapan yang diberi menyebut memudahkan pengeluaran
wang- bukan pengeluaran units.






Kalau bukan hard
cash, mengapa pula Bank Negara mahu mengawal pemindahan units yang bukan hard cash?






Bank Negara mustahil
mengawasi pemindahan dan pengeluaran units
dari bank. Ianya suatu yang baru kepada mereka. Yang mereka jaga ialah pemindahan
dan pengeluaran wang tunai. Bahkan mereka
peduli apa jika yang dipindahkan itu shares certificates, batu karang, patung
jade atau apa pun. Kalau bukan hard cash, mereka tidak mengenakan syarat pengeluaran
setiap transaksi wang…melebihi RM50 juta. Kalau yang disimpan itu units, maka tidak
perlulah bank negara mengenakan apa2 syarat.






Jaganlah Huni Hanazliah menambah lagi penipuan dan pembohngan kepada rakyat.






Jka Putrajaya
tidak dapat membezakan wang tunai dari units , bolehkah mereka ini memerintah
negara?






Video
Muhyidin Yassin.






Seperti ramai
orang lain, saya juga tonton aksi Muhyidin dalam program latihan Biro Politik
UMNO. Muhyidin ingat perkara 1MDB dan simpanan BSI ini perkara yang melucukan?






Perkara ini
suatu yang serious yang disebabkan oleh kerajaan yang akan terkesan bukan
sahaja kita tapi jenerasi yang akan datang.






Orang UMNO dalam
program itu bertepuk pada ketika2 terplih dan mereka ketawa beramai ramai keatas
ungkapan Muhyidin yang melucukan- dan ketawa diatas cubaan tunjuk smart dengan
ejekan2 keatas diri sendiri.






Muhyidin
berlagak macam budak2 yang suka kelahi dengan berkata buang lah! seolah olah nya dengan sacking them akan membuktikan
kepada rakyat bahawa yang melakukan musiabh 1MDB ini hanya lembaga pengarah dan
CEO. Sedangkan PM Najib membersihkan lembaga pengarah dan CEO. Membuang mereka
tidak membersihkan lumpur yang terpalit ke atas seluruh cabinet.








Monday, 25 May 2015

Mangsa culik di Sandakan mungkin dijual







Sehingga kini pihak keluarga mangsa yang diculik masih belum mendapat sebarang tuntutan bayaran daripada penculik.







sandakan kidnao








KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak
kemungkinan mangsa culik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah akan
dijual kepada pihak lain.




Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, sehingga kini pihak
keluarga mangsa masih lagi belum menerima sebarang tuntutan bayaran
daripada penculik.




“Penculik-penculik telah membawa mangsa penculikan di Jolo dan
setakat ini pihak keluarga belum dapat sebarang tuntutan bayaran oleh
pihak penculik.




“Lazimnya, jika penculik terbabit tidak menghubungi keluarga menuntut
bayaran, maka mereka akan menjual mangsa culik kepada pihak lain,”
katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.




Tambahnya, perkara seperti itu turut pernah berlaku terhadap anggota
pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip yang dikesan dijual dari
satu pihak kepada pihak yang lain.




“(Perkara ini) pernah berlaku (menjual) kepada Lans Koperal Zakiah
yang juga telah berpindah dari satu tangan kepada tangan yang lain




“Saya amat berharap mereka masih berada dalam keadaan yang selamat.,” katanya.




Pada 14 Mei lalu, seorang wanita yang juga pengurus Restoran Ocean
King, Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39,
seorang konsultan elektronik di Kemboja telah diculik dipercayai
didalangi oleh kumpulan Muktadil Brothers.




Dalam pada itu, ketika mengulas penemuan kubur besar di Padang Besar,
Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menggali keluar
mayat berkenaan.




“Unit forensik PDRM sedang menggali kubur-kubur itu dan akan
mengendalikan beberapa ujian forensik bagi menentukan jumlah mayat telah
ditanam dan mengenal pasti identiti mayat.




“Soal sama ada mayat tersebut milik etnik Rohingya ataupun berkaitan
pemerdagangan orang Bangladesh juga akan turut ditentukan selepas ujian
itu,” katanya.


Kerajaan haram buku ‘The Golden Son Of The Kadazan’







Buku berkenaan amat cenderung ke arah
mencetuskan pergeseran dan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia
terutamanya penganut Kristian dan Islam.







GoldenSonBook_300x200








KUALA LUMPUR: Buku bertajuk ‘The Golden Son Of The Kadazan’ tulisan
Bernard Sta Maria diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana
mengandungi kritikan yang melampau terhadap Kerajaan Persekutuan.




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
keputusan itu dibuat di bawah perintah Keselamatan Dalam Negeri (tegahan
mengenai penerbitan) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.




“Buku ini amat cenderung ke arah mencetuskan pergeseran dan
perbalahan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penganut Kristian dan
Islam.




“Kandungan buku ini dikhuatiri boleh memudarat atau mungkin
memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam jika tidak dikenakan
perintah larangan,” katanya.




Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen
Penampang, Ignatius Dorell Leiking, yang mengemukakan soalan itu dalam
Dewan Rakyat pada pada 21 Mei lalu.




Jawapan bertulis itu diedarkan kepada media dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.




Ahmad Zahid berkata, buku yang bertajuk ‘Kristianisasi Dan Gejala
Murtad’ oleh Mohd Farhan Bin Abdullah pula tidak perlu diharamkan
kandungan buku berkenaan memaparkan kisah hidup dan pengalaman penulis
ketika masih lagi beragama Kristian.




“Bahkan,ia juga memaparkan kehidupan penulis semasa masih beragama Kristian sebagai suatu sempadan kepada umat Islam,” katanya.




Zahid bagaimanapun berkata, KDN masih lagi meneliti lebih lanjut
mengenai buku ini, jika ia menyalahi peruntukkan Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984.

Ultra kiasu tidak sesuai di Selangor – Ridhuan Tee







Ultra kiasu sepatutnya tidak datang ke
Selangor kerana Sultan adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa
mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.







ridwan tee,Datuk Teng Chang Khim ,selangor






PETALING JAYA: Pendakwah bebas,
Datuk Dr Ridhuan Tee Abdullah membidas golongan ultra kiasu yang
berterusan menghina dan tidak menghormati Islam.





Beliau berkata, perbuatan ultra kiasu itu membuatkan mereka tidak
sesuai untuk datang ke Negeri Selangor kerana Sultan Selangor adalah
Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra
kiasu.




“Saya juga tinggal di Selangor dan ingin memberitahu ultra kiasu,
bahawa walak kami bukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada Sultan
Selangor. Kami tinggal di Selangor sebab kami masih ada Sultan,”
tulisnya dalam ruangan rencana di Sinar Harian.




Ridhuan Tee mengulas sikap EXCO Selangor daripada DAP, Datuk Teng
Chang Khim yang menyarankan Pas tidak menganjurkan sebarang program di
negeri itu.




“Ini tamparan hebat bukan saja kepada Pas malah rakyat Selangor yang
bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri
bapanya?, katanya.




Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ultra kiasu yang dimaksudkan oleh Ridhuan Tee itu merujuk kepada pemimpin DAP.




Beliau berkata, Pas perlu memecat pemimpin ultra kiasu dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging.




Katanya, Pas perlu mengambil tindakan itu jika mahu mereka terus hormati kerana kumpulan itu semakin menjadi barah dalam Pas.




Ultra kiasu Pas yang dimaksudkan Ridhuan Tee itu merujuk kepada kumpulan liberal dalam parti itu.




“Pemimpin ultra kiasu Pas yang menyokong ultra kiasu ada agenda
sendiri. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila utra kiasu berjaya
merampas Putrajaya suatu masa nanti,” katanya.




Katanya, pemimpin ultra kiasu Pas tidak meletakkan Islam sebagai
keutamaan sebaliknya memiliki agenda peribadi dan membalas dendam
terhadap UMNO.




“Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan
Pas semata-mata untuk kuasa dan undi. Ditakdirkan tidak ada Parti
Keadilan Rakyat (PKR), saya yakin sudah lama Pas ditendang keluar dari
Pakatan Rakyat,” katanya.




Ridhuan Tee berkata, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas kerana tidak mahu kehilangan pentadbiran Negeri Selangor.




“Saya amat yakin mati hidup balik pun PKR tidak akan sanggup
melepaskan Pas. PKR sedar, tanpa sokongan Pas mereka akan berputih mata
untuk memerintah Selangor,” katanya.




Kena culik, dipaksa jadi peminta sedekah




Kena culik, dipaksa jadi peminta sedekah Aiman










KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai diculik
lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Masjid Muhammadi di sini,
Jumaat lalu.‎



Mangsa, Aiman Kamarolzaman yang pada awalnya dibawa ke masjid oleh
bapanya, Kamaruzamman Mohamad, 50, diculik lelaki terbabit ketika sedang
memakai selipar selepas solat Isyak di masjid terbabit.



Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Aiman mendakwa dia dibawa ke
satu lokasi dan kemudiannya dipaksa meminta sedekah di sebuah pasaraya
di bandar ini kelmarin.



Mangsa yang meminta sedekah dalam keadaan terpaksa kemudiannya
diselamatkan oleh seorang lelaki selepas melihat keadaan mangsa yang
menangis dan mencurigakan dan telah menyerahkan kanak-kanak itu kepada
bapanya petang kelmarin.



Aiman berkata, selepas diculik dia ditempatkan di sebuah rumah bersama beberapa kanak-kanak lain.



Menceritakan kejadian, mangsa berkata, sehari selepas dilarikan dia
dibawa oleh lelaki itu ke sebuah pasaraya dan diminta meminta sedekah
bersama seorang kanak-kanak lelaki lain daripada orang ramai.



"Dia (Ielaki itu) sempat mengugut saya supaya tidak melarikan diri.



"Mujurlah, ketika itu ada seorang lelaki membantu saya dan membawa saya
ke kedai ayah," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.



Sementara itu, bapa mangsa Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata, sejurus
menyedari anaknya hilang, dia cuba mencari di kawasan sekitar dan
kemudian membuat laporan polis.



"Pada malam kejadian, saya tidak lena tidur kerana bimbang dengan keselamatannya," katanya.



Kamarolzaman amat bersyukur, anaknya itu berjaya ditemui selamat.



"Saya akui ini akan menjadi pengajaran berguna kepada saya untuk menjaga anak dengan lebih baik," katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.



“Kes disiasat di bawah Sekyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.








Tiga ikon Pas bakal dipecat?












ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi
pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa
mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.



Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim
atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas
Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai
Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti
melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.



Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.



Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda
dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan
berhubung perkara itu.



“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu
ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan
kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula
kami dipecat,” katanya.



Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu
rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai
pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia
termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.



“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin
gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan
hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek
termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.



Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya
dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak
menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.



“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan
jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa
depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya
menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.



Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada
golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.



Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman
Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada
ucapannya di mana-mana program.



“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan.
Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama,
saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara
baik,” katanya.



Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas
termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana
perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.



“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun
terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang
saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.



Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak
boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai
melalui laman sosial.



“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan
pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara
peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am
Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the
same without him’.


Ketua Pemuda Pas: Suhaizan, Nik Abduh sengit















SHAH ALAM - Pemerhati melihat saingan sengit antara kedua-dua calon
Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz dan Suhaizan Kaiat
susulan iklim politik dalaman Pas yang dilihat lebih dikuasai golongan
ulama.



Namun, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat,
kelebihan dilihat berada di pihak Nik Abduh.



“Nik Abduh sekarang ini mendapat sokongan ulama yang konservatif
sementara Suhaizan mendapat sokongan daripada golongan ulama yang lebih
‘moderate’ dan profesional. Jadi, sukar untuk tentukan siapa yang
menang. Kerana kedua-duanya ada kekuatan.



“Tapi nampaknya sekarang ini kelebihan ada pada Nik Abduh. Pertama dia
anak Allahyarham Nik Aziz dan kedua, dia mendapat sokongan ulama yang
dilihat agak dominan dalam Pas,” katanya kepada Sinar Online.



Pemilihan Muktamar ke-61 Pas awal Jun depan menyaksikan Nik Abduh
kembali ke Pemuda Pas merebut jawatan itu dari penyandangnya, Suhaizan.



Meskipun begitu, beliau melihat Suhaizan masih ada potensi untuk mempertahankan kedudukannya.



“Cuma, Nik Abduh ini dilihat bermasalah dengan Nik Amar (Timbalan
Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk MohdAmar Nik Abdullah). Ada ‘clash’
sedikit antara kumpulan Nik Amar dengan Nik Abduh. Bimbang sebahagian
kumpulan yang ulama ini tidak mengundi Nik Abduh. Itu yang agak sukar
untuk diramalkan.



“Tapi potensi untuk menang masih ada lagi pada Suhaizan. Strategi
Suhaizan kena hebat sedikitlah kalau dia nak menang,” katanya.



Sementara, Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia
Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir menyifatkan calon yang mempunyai
pemikiran selari dengan kepimpinan tertinggi parti mempunyai
kecenderungan untuk menang dalam pemilihan kali ini.



“Saya fikir penyandangnya itu masih ada harapan tapi yang dilihat
betul-betul memperjuangkan perjuangan yang di atas landasan parti...yang
serasi dengan kepimpinan tertinggi akan menang.



“Jadi, siapa yang dilihat ada pendirian, ideologi dan pandangan yang
sesuai dengan kepimpinan tertinggi parti, calon itu saya fikir ada
mempunyai peluang lebih cerah,” katanya.








Suspek sebar video TPM berdepan tindakan







Individu terbabit yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian akan dihadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti dalam masa terdekat.







Ahmad-Zahid-Hamidi_muhyiddin_video_600





PETALING
JAYA: Suspek yang didapati merakam dan menyebar video ucapan Timbalan
Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis tertutup
baru-baru ini akan berdepan dengan hukuman sewajarnya.




Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
individu terbabit yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian akan dihadapkan
ke jawatankuasa pengurusan parti dalam masa terdekat.




Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan nama dan gambar lelaki berkenaan.




Dia dipercayai merakam ucapan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti dengan menggunakan telefon bimbit.




Rakaman video yang tersebar pada Khamis lalu mengandungi gesaan
Muhyiddin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat
semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.




Ia bagi memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO dan
Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).

Kit Siang rindui Nik Aziz

kit-siang--nik-aziz



Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Ketika nasib dan masa depan Pakatan Rakyat
terumbang-ambing pemimpin veteran DAP masih positif gabungan alternatif
kepada BN itu masih boleh diselamatkan.


Dan bagi Lim Kit Siang, ketika suasana tidak menentu ini beliau
terkenang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.




lim-kit-siang-dan-nik-azizMenurut
Kit Siang, beliau “merindui” Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia hanya
beberapa hari selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan
ke penjara Februari lalu.




Bagi Kit Siang, Umno dan BN kini berada pada tahap paling lemah dalam
sejarahnya. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib
Razak terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpul sokongan
orang ramai lantaran dibebani skandal kewangan, selain perpecahan
dalaman Umno yang semakin menjadi-jadi.




“Di saat dan ketika inilah kebijaksanaan serta wawasan almarhum Tok Guru Nik Aziz benar-benar dirindukan,” katanya.




Sekiranya mantan Menteri Besar Kelantan itu masih hidup, kata Kit
Siang, bekas Menteri Besar Kelantan itu tentu akan memastikan PAS
meneruskan agenda PAS Untuk Semua serta menolak sebarang usaha
menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama (UG) Umno.




“Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat serta para penyokongnya pasti tidak
akan melupakan kritikan pedas almarhum Nik Aziz pada Jun 2009.




“Ketika itu beliau secara terbuka memberitahu Timbalan Presiden PAS
Nasharuddin Mat Isa untuk meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekiranya
beliau terus berdegil dengan agenda UG,” katanya.






Menunggu kambing hitam baru

kambing-hitam



Roketkini.com





Drama keliru dan mengelirukan bersambung lagi.




Kali ini ia melibatkan agensi kerajaan pula. Selepas Tun Dr Mahathir
Mohamad mengecam Datuk Seri Najib Razak sebagai “berbohong” Kementerian
Kewangan tampil mendakwa jawapan bertulis mengenai 1MDB di parlimen
“dipinda” untuk “mengelak kekeliruan”.




Latar kepada isu ini (secara mudah) ialah begini:





arul_1mdb

(CEO 1MDB Arul Kandasamy sebelum ini juga mengatakan adanya simpanan tunai di Pulau Cayman)





· 1MDB menyimpan wang di Kepulauan Cayman




· Selepas dikritik, 1MDB dilaporkan membawa pulang wang itu ke Singapura




· Najib kemudian menjelaskan simpanan di sebuah bank di Singapura bukan dalam bentuk tunai tetapi “aset dalam dolar AS”




· Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula
menyatakan simpanan itu dalam bentuk “unit” yang tidak dijelaskan
maksudnya




Ketika kekeliruan sedia ada pun belum dapat dirungkai, kerajaan tampil dengan mengemukakan jawapan lain yang menambah kekaburan.




Semalam Kementerian Kewangan mengaku meminda jawapan mengenai 1MDB
sehingga fakta diberi dilihat menyanggah keterangan diberi Najib sebelum
ini.




Isunya ialah: Siapa yang bercakap bohong.




Kedua, adakah mungkin bakal wujud mana-mana pihak akan menjadi
kambing hitam demi menyelamatkan seorang perdana menteri yang memang
kini teramat sukar untuk diselamatkan? – Roketkini.com






GST: Najib lebih rela syarikat telco untung besar

najib



Roketkini.com





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu
berhenti menjadi hipokrit dengan menyalahkan peniaga kecil kononnya
mengeksploitasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hingga menyebabkan
rakyat terbeban akibat sistem percukaian itu.




Najib dalam sebuah program di Gopeng, Perak berkata, pemansuhan 5%
dan 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepatutnya mengurangkan
harga, namun peniaga yang tidak bertanggungjawab menambah 6% GST yang
menjadi punca kenaikan barang dan perkhidmatan.




“Pakatan Rakyat berulang kali memberi amaran kepada BN, iaitu sebelum GST dikuatkuasakan,

harga barangan tidak akan turun.


tony-pua

“Namun, pentadbiran Najib percaya bahawa mereka boleh melawan hakikat dan meneruskannya,” kata Tony Pua.




Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, Najib dalam ucapan belanjawan
2015 sendiri berkata, daripada 944 barangan dan perkhidmatan dari indeks
harga pengguna, 532 item atau 56% dijangka turun sehingga 4.1%,
manakala kira-kira 354 item mengalami kenaikan, namun kurang daripada
5.8 %.




“Tak hairanlah perdana menteri yang juga menteri kewangan kelihatan seperti orang bodoh,” ujar Tony.




Dalam pada itu kata Tony, pentadbiran Najib menutup mata terhadap keuntungan besar dikaut syarikat-syarikat telekomunikasi.








Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery
Cheek di Parlimen mengulangi pembelaannya terhadap syarikat tersebut
untuk menaikkan tarif sebanyak 6%.





shabery cheek






Akibatnya, pengguna kad prabayar tidak lagi menerima RM10 masa siaran bagi pembelian RM10, walaupun SST 6% dikenakan.




Sebaliknya, pengguna hanya mendapat RM9.43 perkhidmatan panggilan untuk setiap RM10, selepas bertukar kepada 6% GST.




Menurut Tony, walaupun menyerap cukai perkhidmatan 6%, Maxis
Communications, Digi Telecommunications dan Celcom Axiata masing-masing
masih membuat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.44 bilion, RM2.65
bilion dan RM3.1 bilion pada 2014.




“Secara keseluruhan, mereka mengumpul RM12.8 bilion hasil perkhidmatan kad prabayar bagi tahun ini.




“Mengapa kerajaan BN membantu syarikat-syarikat ini membuat untung tambahan RM770?


“Ini tidak pun termasuk perolehan dan keuntungan dibuat pengendali
rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) lain seperti U-Mobile, Tune Talk
dan XOX.




“Ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri cuba menghukum restoran
yang menaikkan harga roti canai sebanyak 30 sen, Najib membiarkan
keuntungan RM770 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.




“Tidak ada dasar mengaut keuntungan lebih besar dan tidak
bertanggungjawab di negara daripada pelaksanaan GST, dan Najib memilih
untuk menjadi hipokrit,” tegas Tony. – Roketkini.com






Ponteng parlimen, DAP nasihat Najib transformasi diri

jimmy_wong_Kota_Kinabalu



Roketkini.com





TAWAU: Rekod buruk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menghadiri Dewan Rakyat antara sebab usaha transformasi negara tidak
mungkin berjaya, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Pin.




“Bagaimana Najib mahu mentransformasikan Malaysia sedangkan beliau sendiri bersikap ‘tidak membangun’,” katanya dalam kenyataan.




Kata Jimmy, kehadiran Najib ke Parlimen boleh dikira dengan jari dan
hanya di acara tertentu seperti perbentangan belanjawan serta
perbentangan Rancangan Malaysia (RMK).




“Dalam tahun pertama saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, saya hanya
melihat beliau hadir ke Parlimen bagi dua majlis saja iaitu semasa
pembukaan sidang dewan di awal tahun dan semasa akhir tahun untuk
membentangkan belanjawan,” ujarnya.




Sebelum ini, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa mendedahkan dalam tempoh
enam tahun, iaitu 368 hari persidangan Dewan Rakyat, Najib hanya hadir
sebanyak 26 kali, atau 7% dari keseluruhan jumlah hari persidangan.




Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata, prestasi buruk Najib sebagai ketua kerajaan amat memalukan.




“Sudah tentu, dengan rekod kehadiran buruk Najib ke Parlimen, niat
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melaksanakan konsep Prime
Minister’s Question akan bertambah payah.




“Jika Najib tidak boleh melaksanakan tugasnya dengan baik untuk
membincangkan isu-isu nasional di Parlimen, bagaimana kita boleh
berharap beliau memahami masalah rakyat?” soal Jimmy. – Roketkini.com






Macam mana nak buat rayuan kalau tak ada surat















SHAH ALAM - Bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan
Bukharee Badrul Hisham, 24, membidas saranan yang dikemukakan Kerajaan
Selangor bahawa ruang rayuan terbuka untuk beliau.



Menurutnya, kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan
Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang
memaklumkan kerajaan negeri tidak menyekat bekas guru agama sambilan
Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang untuk membuat rayuan.



“Bagaimana saya nak buat rayuan sedangkan tidak diberikan sebarang
surat rasmi berkenaan rayuan. Takkanlah melalui kenyataan media sahaja?
Prosedur mana yang mereka ikut?



“Saya akan gunakan ruang (rayuan) jika diberikan, tetapi saya tetap
dengan pendirian tidak akan mengaku salah. Saya punya prinsip dan teras
perjuangan yang jelas untuk mempertahankan hak dan kebajikan guru Kafa
yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.



Ekhsan Bukharee berkata, rayuan hanya akan dibuat jika ruang diberikan,
namun malangnya pihak bertanggungjawab sekadar mengeluarkan kenyataan
media semata-mata.



“Saya masih menunggu surat rasmi daripada mereka (kerajaan negeri),
saya juga perlu tahu bagaimana prosedur rayuan, kaedah menjawab dalam
rayuan dan surat berkenaan perlu hantar ke saluran mana?



“Takkanlah saya nak buat rayuan menerusi kenyataan media sahaja? Ini mengarut,” katanya.



Turut berkongsi maklum balas yang diterima beliau daripada banyak pihak
yang prihatin, Dalam pada itu, Ekhsan Bukharee berkata, Biro Pemuda
Umno bahagian Pelajaran, Mohd Rafiq Naizamohideen menghubunginya untuk
menawarkan khidmat guaman percuma.



“Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno atas tawaran tersebut.
Selain itu saya juga mendapat tawaran khidmat guaman daripada pelbagai
pihak lain antaranya rakan aktivis dan juga badan bukan kerajaan.



“Saya akan buat keputusan dalam tempoh terdekat ini, terima kasih
kepada semua pihak yang prihatin dan sudi menawarkan khidmat guaman
percuma,” katanya.








Wawasan 2020 hanya omong kosong

vsivakumar



Roketkini.com





IPOH: Dengan pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11)
yang tidak mengambil kira harapan rakyat, Wawasan 2020 jelas hanya omong
kosong, kata Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar.




“RMK-11 adalah pusingan akhir untuk merealisasikan matlamat Wawasan
2020, tapi kita dapat lihat ekonomi negara tercungap-cungap dalam
pusingan akhir ini.




“Saya berpendapat kerajaan akan gagal mencapai Wawasan 2020.




“Saya tidak yakin kita boleh mencapai aspirasi itu di bawah
pentadbiran BN, kerana terdapat banyak kelemahan dalam soal pentadbiran
negara terutamanya soal pengurusan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.




Wawasan 2020 dilancarkan pada 1991 oleh Perdana Menteri keempat, Tun
Dr Mahathir, akan berakhir dalam tempoh lima tahun lagi dengan matlamat
menjadikan Malaysia negara maju.




Mengulas lanjut, Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP menegaskan, realitinya Malaysia dilanda kemelut ekonomi serius.




Akibatnya kata Sivakumar, kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang jelas membebankan rakyat.




“Tindakan tidak popular ini terpaksa dilaksana kerajaan untuk menyelesaikan beban kewangan.


“Pasaran saham tidak menentu juga merupakan satu lagi penanda aras
membuktikan ekonomi negara semakin lemah,” ujar beliau. -Roketkini.com






'Akar umbi PAS meluat serangan DAP'

MALAYSIAKINI














PAS mendesak rakan sekutunya DAP supaya menghentikan serangan
bertubi-tubi terhadap parti Islam itu demi kelangsungan Pakatan Rakyat
pada masa akan datang.



Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata serangan DAP itu
mencetus rasa "meluat" di kalangan akar umbi PAS dan beliau menganggap
DAP menolak Pakatan ke ambang pepecahan.



"Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS.
Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan
berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut
mengenai rakan tahaluf.



"Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini
terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan
parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz,"
katanya.



Beliau mengulas tindakan pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng yang
mengeluarkan menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkelakuan
seperti "pemimpin Umno" kerana menyerang parti itu.



Abdul Hadi dilapor berkata PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan
Pakatan ekoran isu kabinet bayangan dan membidas DAP yang bertindak
angkuh dan menganggap pelan pembentukan kabinet bayangan sebagai "tidak
realistik".



Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata serangan DAP itu akan
memberi kesan kepada muktamar PAS dan dilihat memberikan nafas baru
kepada BN yang berdepan dengan isu firma pelaburan 1MDB dan isu kenaikan
kos sara hidup.



Tuan Ibrahim, yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden,
berkata beliau sebelum ini membuat teguran dan memberi peringatan
beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP terhadap parti itu.



"Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi
menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan
tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan
tahaluf.



"Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli
dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza. Semua parti perlu kuat
bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri
hanya menguntungkan Umno BN," katannya.



Beliau turut menegaskan usaha PAS untuk bergabung denga Umno adalah
"fitnah", malah mempersoalkan berapa kerusi yang Umno sanggup beri ke
PAS jika gabungan politik itu benar berlaku.



"40 (kerusi)? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan," katanya.



Ku Li: PM boleh kena prosiding hina Parlimen

MALAYSIAKINI












Jawapan bercanggah perdana menteri berhubung simpanan 1MDB di bank
Singapura boleh mendedahkan beliau kepada prosiding menghina Parlimen,
kata wakil rakyat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagaimanapun,
katanya Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, sudah
membetulkan jawapan Parlimen itu dan tidak boleh dianggap sebagai
berbohong.



“Walau apa pun, PM tidak patut melanggar keistimewaan dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.



Ditanya berhubung pembetulan Najib selepas dua bulan, Tengku Razaleigh
berkata terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk membangkitkan perkara
itu di Parlimen sama ada perdana menteri mengelirukan dewan.



Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis 10 Mac di Parlimen mengenai 1MDB untuk "mengelakkan kekeliruan".



Penjelasan itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir (kiri) Mohamad mendakwa Najib "berbohong" berhubung perkara itu.



Ia menjelaskan bahawa bahawa jawapan bertulis Parlimen yang dibuat oleh
perdana menteri mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura
ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat
syarikat pelaburan negara itu.



Kementerian menjelaskan lazimnya jawapan bertulis Parlimen dibuat atas
nama beliau berdasarkan maklumat agensi berkenaan yang kemudiannya
disemak dan diedarkan oleh para pegawai.



Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion)
disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi
kemudiannya menjelaskan ia dalam bentuk aset.



Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata "simpanan dalam bentuk unit".



PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak tak dipecat

MALAYSIAKINI














Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS
bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga
tersebar meluas dalam media sosial.



Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS
Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan
Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja
diada-adakan".



Selebriti
dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering
menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.



"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.



Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau
maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti
melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.



Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa
anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu
lantang menyuarakan pandangan.



Dalam laporan tersebut, Sulaiman yang dikenali Leman Raja Lawak dan
Aisyah berkata mereka reda dengan tindakan yang diputuskan parti namun
menjelaskan mereka hanya menyuara pandangan terhadap kepimpinan dalam
parti.



Laporan itu menyebut, Sulaiman menegur golongan ustaz supaya pendekatan
mereka "tidak terlalu ekstrem" kepada bukan Islam, tidak mengecewakan
harapan kumpulan anak muda yang mengundi parti dan mendakwa kumpulan itu
gagal melaksanakan tanggungjwab sebagai pemimpin Islam.



"Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan,
sedangkan dalam Islam harus memberika idea dan hala tuju masa depan
parti apabila dipilih sebagai ketua.



"Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi," katanya seperti dilapor akhbar itu.



Sementara itu, dalam laporan yang sama, Aishah pula kesal
perbincangannya secara tertutup dalam media sosial tersebar dan
dijadikan isu, bahkan mempersoal mengapa kepimpinan dalam parti tidak
boleh dikritik.



"Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja.
Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara
peribadi?" sola Aishah seperti dilapor akhbar itu.



ADUN PAS ikrar pertahan mandat di S'gor

MALAYSIAKINI














Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan
terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan
dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.



Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.



“Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.



Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil
menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru
Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.



Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin
Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.



Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.



“Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini,” katanya.



Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.



Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala
PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.



Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.



Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PAS akan hanya mempunyai 28 kerusi.



Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut
kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun
selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir
sepenuhnya kepimpinan parti itu.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama.



Bila bulan tak terus mengambang

MALAYSIAKINI















PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya
masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam
itu Ahmad Awang.



Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi
sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah
diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.



"Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah,
saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang,
hanya kekal di situ sahaja.



“Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.



"Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan
raya), silap-silap Kelantan pun terbang," katanya dalam wawancara
bersama Malaysiakini.



Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.



Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.



Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.



Berikut sedutan temubual Ahmad bersama Malaysiakini.



Malaysiakini: Bagaimana ustaz lihat pencapaian Hadi sepanjang memimpin PAS berbanding allahyarham (presiden sebelumnya) Datuk Fadzil Noor?



Ahmad: Pencapaian Hadi berdasarkan pencapaian terdahulu. Kita tak boleh
nak letak bersendirian. Masa ustaz Fadzil Noor, dia meluaskan ruang dan
tidak hanya terhad kepada golongan ulama atau orang yang berlatar
belakang agama sahaja tetapi golongan profesional turut menyertai PAS
dan ia berjaya.



Pencapaian yang dicapai Fadzil disambung terus oleh Hadi selama lebih
satu dekad. Semasa zaman almarhum, lahir Barisan Alternatif dan DAP
tinggalkan Barisan Alternatif kerana menerima kekalahan besar pada 1999
kerana bersama PAS.



Tapi pada 2008, keputusan PRU12 membawa balik DAP bersama PKR dan PAS
dan wujudnya Pakatan Rakyat di mana presiden ketiga-tiga parti adalah
pimpinannya.



Pencapaian ini sambungan almarhum dan diperkuatkan pada zaman presiden
sekarang. Cuma mutakhir ini ada masalah dalam konteks hubungan
ketiga-tiga parti khasnya antara PAS dan DAP dan mungkin PKR juga.



Tetapi PAS tetap mendukung atau berpendirian untuk bersama Pakatan sebab
kalaulah tak bersama Pakatan, seolah-olah PAS kebelakang dan menjadi
parti yang berkisar bukan sahaja pada orang Melayu tetapi hanya kepada
Pantai Timur sahaja.



Dengan slogan "PAS For All" (PAS untuk Semua), jadi kita tetap untuk
meneruskan usaha ke arah menyiapkan PAS di peringkat nasional dan
antarabangsa dan saya ada keyakinan itu. Semua (presiden) mempunyai
kelebihan masing-masing di setiap zaman mereka.



Mungkin keadaan sekarang, anjakan oleh pihak dan sebahagian ahli untuk
memperluaskan lagi usaha supaya (PAS) tidak balik ke belakang.



Andai kalah pada pemilihan kali ini, akan sertai parti lain?



Kalau saya sendiri saya tak sedia menyertai parti lain dan saya tak mahu mereka (penyokong) ke parti lain.



Kalau mereka ini yang terpilih, mengenepikan mereka yang kalah, saya
percaya PAS tidak akan boleh pergi ke depan. Kalau tak terbelakang akan
kekal di situ. Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang
PRU14.



Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang. Silap-silap
Kelantan terbang. Maknanya, ahli akan menilai, (kalau) macam ini teruk
(parti), mereka akan bangkit semula supaya tidak ambil pimpinan tadi
kerana majoriti tidak bersedia dengan golongan yang mengasingkan
kumpulan yang seolah-olah tak memihak pada mereka.



Sekiranya ustaz kalah, adakah akan tamat hubungan PAS dan Pakatan?



Tak semestinya. Mungkin ada pemimpin lain yang kuat untuk bersama
Pakatan. Mungkin boleh diteruskan usaha itu dan mungkin memakan masa
untuk perbaiki keadaan itu. Kalau yang nombor satu tak dapat bersama
dengan orang lain pun, payah juga.



Mungkin lepas muktmar, kalau betul saya kalah, mudah-mudahan tidak, tapi
dapat 40 atau 45 peratus sahaja undi, ini juga satu mesej yang boleh
menjadi peringatan kepada presiden yang menang.



Tentu dia akan baiki apakah sebab orang tidak boleh menerima kedudukan yang sedia ada. Maknanya, ini sebagai wake up call. Sebabnya sudah teruji berdasarkan peratusan itu dan ia juga satu kejayaan pada saya.



Ustaz bersedia untuk berdebat dengan Hadi?



Oleh kerana Harakah Bazaar bawah organ parti dan saya pernah
cakap sebelum ini bahawa organ parti tak boleh digunakan oleh mana-mana
calon untuk nyatakan sikap dan pendirian mereka untuk berkempen.



Sekarang ini, bila dah digunakan oleh Harakah, sepatutnya saya
pun diberi peluang juga. Tapi saya belum berhubung lagi dengan mereka.
Saya akan cuba hubungi tapi kalau (mereka) tak bagi tak apalah.








Ahmad diwawancara oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Zulaikha Zulkifli.




Didakwa tak endah PAC, Rafizi mahu Arul dipecat

MALAYSIAKINI














Keputusan presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO,
Datuk Shahrol Halmi untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Kira-kira Awam (PAC) esok adalah satu penghinaan, kata setiausaha agung
PKR Rafizi Ramli.



Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Rafizi berkata, Arul sepatutnya dipecat serta-merta atas penghinaan tersebut.



Menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, Rafizi berkata cukuplah sebelum
ini mereka tidak tampil secara terbuka untuk membuat sebarang
penjelasan dan sekarang mereka enggan pula hadir mesyuarat PAC.



Ahli parlimen DAP yang juga PAC, Tony Pua menegur kedua-dua mereka
kerana tidak hadir walaupun telah diberi notis yang mencukupi.



Menulis dalam twitter, Pua berkata kedua-duanya mendakwa berada di luar
negara dalam tempoh dua hari tersebut, walaupun telah diberi notis untuk
hadir kira-kira tiga minggu lalu.



Hari ini Malaysiakini melaporkan sumber berkata Arul dan Shahrol Halmi meminta lebihan masa untuk berdepan dengan PAC esok.



Kedua-dua mereka difahamkan menulis kepada PAC untuk memaklumkan perkara itu.








Pengguna maya lihat rambut PM 'tak kena'

MALATSIAKINI



Umum kini melihat apa sahaja tindakan Datuk Seri Najib Razak ada yang tidak kena.



Malah perdana menteri terus diperolok oleh pelbagai pihak.



Sebelum ini, beliau dan isterinya dikecam hebat kerana didakwa
mengamalkan gaya hidup mewah susulan kontroversi sekitar kos dandanan
rambut RM1,200 dan Rosmah Mansor.



Begitu juga dengan ucapan Ramadan Najib minggu lalu, yang akan disambut lagi sebulan, turut mengundang reaksi sinis terhadap pentadbirannya.



Terbaru, langkah Najib melantik pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok
Wing selaku pakar perunding bagi menggilap imejnya turut mengundang
maklum balas sinis pengguna media sosial.



Orang ramai memperolok gaya rambut unik Lim, yang seolah-olah berserabut, melalui kata-kata sinis dan pengubahsuaian gambar.



Dalam gambar dan dialog ala komik itu, Lim digambarkan menasihatkan Najib menukar imej kerana penampilannya "jemu" dipandang.



Setelah digunting, Najib, berdasarkan gambar itu, kini memiliki gaya
seakan Lim yang lebat dan terjulur ke depan menutup dahinya.



Pengasas universiti swasta terkenal itu, berdasar gambar itu kemudian sambil tersengih berkata: "Cun habis."



Sementara
itu, akaun Facebook Hasbuljalil Raja Langkasuka pula memuat naik gambar
potret Lim dan kad namanya dengan sindiran "yakin berkesan".



Pada ruangan komentar pula, ramai memberi maklum balas bercampur-campur mengenai gambar tersebut.



Enchik Tajul Afif: Aku rasa dia kena pulihkan dulu imej rambut dia, baru boleh pulih imej Najib.



Amin Zaid Zulkifli: Ha, ha, ha, ha, rambut palsu dia itu patut ditukar dulu!



Hasbuljalil Raja Langkasuka: Apek ini saja yang sanggup. Orang lain semua angkat bendera putih dah.



Latifah Harun: Semoga Datuk Najib mendapat hidayah Allah. Semoga tidak jauh tersasar. Semoga dalam lindungan dnn Rahmat-Nya. Amin.



Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?


shahbudindotcom





Menyedari
kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu,
Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok
Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata
rakyat.





Difahamkan
tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap
Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan
mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya.





Dengan
perlantikan ini juga secara langsung mengesahkan Najib masih cuba
bertahan dengan jawatannya dan tidak sesekali mahu mengalah di sebalik
desakan makin kuat mahukannya berundur demi menyelamatkan negara dan
memberi harapan lebih baik kepada BN mengekalkan kuasanya dalam
pilihanraya akan datang.





Walaupun
tugas mempromosi bukan baru bagi Lim Kok Wing di mana sebelum ini juga
pernah terlibat membantu kerajaan dalam kempen anti merokok "Tak Nak",
Rakan Muda serta kempen pilihanraya bagi Nelson Mandela, tetapi
barangkali usaha memulihkan semula imej Najib ini merupakan tugas yang
paling sukar baginya.





Ini
kerana Najib bukan saja berdepan penolakan daripada rakyat yang semakin
membengkak, bahkan keyakinan ahli dan pimpinan UMNO sendiri mulai
terhakis terhadapnya. Berdasarkan dapatan di peringkat akar umbi UMNO
dan dilihat daripada reaksi pemimpin UMNO dalam video melibatkan
Muhyiddin Yassin yang tersebar luas, terbukti kemahuan Najib berundur
dan keperluan kepada perubahan bukan lagi perkara asing.





Lebih
dari itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masih
berpengaruh dan disukai rakyat adalah "hujung tombak paling tajam" yang
mahu menyingkirkannya ketika ini.





Semua
penolakan terhadap Najib pula secara umumnya berkisar kepada beberapa
isu pokok yang menjdi bualan rakyat seperti 1MDB, pembunuhan Altantuya,
hal berkaitan Rosmah, GST, beban hutang negara, perbelanjaan mewah
keluarganya dan beberapa aspek yang lain.





Isu-isu
tersebut jugalah yang membuatkan Tun Mahathir menarik balik sokongannya
terhadap Najib dan kini turut menjelajah ke seluruh bagi memaksanya
berundur.





Dengan
tugas berat yang perlu dilakukan oleh Lim Kok Wing untuk memerah idea
memulihkan imej Najib yang remuk teruk itu, sudah tentu ganjaran yang
perlu dibayar daripada wang rakyat juga lumayan jumlahnya.





Najib
ketika ini dilihat umpama kereta yang sudah rosak teruk dan hampir
"total loss" keadaannya serta tidak diyakini lagi mampu untuk bergerak
jauh. Memulih dan mencantikkannya tidak dapat dielakkan daripada
keperluan biaya yang besar. Membaiki dan memulihkannya juga mungkin
tidak berbaloi berbanding membeli kereta baru.





Soalnya,
mampukah imej Najib dipulihkan dan sokongan rakyat dikembalikan dengan
bantuan Lim Kok Wing ini? Bagaimanakah agaknya pendekatan dan "silap
mata" yang bakal diperkenalkan oleh perunding pengiklanan terkenal itu
untuk menutup wajah dan imej Najib daripada bayangan hitam 1MDB,
Altantuya, pemborosan Rosmah, GST dan lain-lainnya yang selalu
bermain-main di fikiran rakyat?





Mampukah
selepas dipulihkan dan dicantikkan, Najib berubah menjadi kereta baru
yang lebih selesa digunakan untuk perjalanan yang jauh?





Terpesonakah
orang kampung dan makcik Felda untuk menerima semula Najib nanti
setelah mereka juga mulai menolak sebagaimana yang ditunjukkan dalam
keputusan pilihanraya Rompin baru-baru ini?





Yang
penting juga untuk ditunggu ialah bagaimanakah cara dan kaedah yang
mahu diterapkan oleh Lim Kok Wing kepada Najib selepas ini dalam
menghadapi cabaran dan tentangan daripada Tun Mahathir?





Di
sana sini, persoalan yang kedengaran ialah mampu dan bolehkah imej
Najib dipulihkan semula dengan bantuan Lim Kok Wing ini? Berupayakah
beliau membina benteng menahan Najib daripada ombak dan gelombang
penolakan?





Atau
mungkinkan kempen memulihkan imej Najib ini bakal berakhir seperti
kempen anti merokok "Tak Nak" yang bukan saja tidak memberi apa-apa
kesan kepada penagih tegarnya, bahkan jumlah perokok muda juga kian
bertambah setiap masa?




Sekadar
untuk tersenyum - kreativiti pengguna laman sosial menggambarkan wajah
baru Najib selepas mendapat bantuan memulihkan imej daripada Lim Kok
Wing..



DAP sokong TPM pecat ahli pengarah 1MDB

















KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap cadangan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua ahli
lembaga pengarah syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dipecat.



Lim Guan Eng (Bagan-DAP) yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui
meskipun berbeza ideologi politik, namun, partinya menyokong sepenuhnya
cadangan orang nombor dua Umno itu.‎



Katanya, pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) baru-baru ini
mengecewakan kerana tidak berasaskan realiti dan tidak mempunyai
sebarang unsur pemacu perubahan.



“Kalau ada pun, hanya 1MDB sahaja.‎ RMK11 dibelenggu oleh skandal 1MDB
yang sehingga hari ini kita tidak dapat cahaya langsung. Masih
meraba-raba dalam kegelapan. Sehingga Yang Berhormat Pagoh merangkap
TPM, terpaksa secara terbuka menyatakan pandangan beliau adalah bahawa
lembaga pengarah 1MDB harus dibuang habis (dipecat).



“Kalau daripada seorang TPM, ini bukan pandangan peribadi. Sebagai
seorang TPM, susah untuk berikan pandangan peribadi. Kalau orang nombor
dua di Malaysia menyatakan lembaga pengarah mesti dibuang, kenapa
sehingga hari ini masih belum kena buang?," katanya ketika membahaskan
RMK11 di Dewan Rakyat, hari ini.



[ARTIKEL BERKAITAN: Pecat ahli lembaga pengarah 1MDB]



Beliau turut mempersoalkan sampai bila rakyat perlu berdepan dengan
skandal melibatkan 1MDB yang didakwanya mencacatkan ekonomi negara.



"Saya rasa dalam dewan yang mulia ini, kita pun tahu mana Yang
Berhormat daripada Umno yang sokong pandangan ini dan mana yang tak
sokong. Tapi saya tak mahu terjebak dalam krisis politik dalaman Umno.
‎Itu masalah keluarga Umno. Tapi yang penting di sini untuk rakyat
Malaysia, sampai bila skandal krisis 1MDB boleh diatasi? Bilakah hasrat
TPM boleh dilaksanakan?



"Kita ada perbezaan politik, saya terus terang tapi dalam perkara ini,
saya ingin menyatakan sokongan DAP ke atas cadangan YB
Pagoh...buang...pecat lembaga pengarah 1MDB!," katanya yang disambut
dengan tepukan meja oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.