Presiden Pas telah memfailkan semula notis
kepada Parlimen untuk membolehkan RUU Persendirian mengenai hudud
dibentang dan dibahas pada sesi Parlimen kali ini.
KUALA LUMPUR: Pas akan membentangkan
Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Kelantan pada
persidangan Parlimen kali ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri kepada FMT.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang telah menyerahkan semula notis kepada Parlimen untuk
membentangkan RUU itu.
RUU mengenai hudud di Kelantan itu sepatutnya dibentang dan
dibahaskan dalam Parlimen pada sesi lalu tetapi ditangguhkan kerana
tidak cukup masa.
Mengikut Peraturan Parlimen, Hadi perlu memfailkan semula notis 14
hari sebelum dewan bermula untuk membolehkan RUU itu dibahaskan pada
sesi Parlimen kali ini.
Pendirian tegas Pas untuk membentangkan RUU mengenai hudud di
Kelantan telah menghangatkan lagi perselisihan pendapat antara parti
dalam Pakatan Rakyat (PR).
No comments:
Post a Comment