KELAB GREENBOC
Kuala
Lumpur : Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, menerima lapan
jahitan di kepala selepas ditetak dua lelaki yang cuba menyamun
isterinya di hadapan rumahnya di Jinjang, kira-kira 11 pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, Fauzi yang juga penceramah bebas ditetak
kumpulan terbabit selepas berusaha menyelamatkan isterinya yang diserang
kumpulan itu.
Menurut sumber, dua penjenayah itu dilapor menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z sebelum menyerbu masuk ke rumah mangsa.
"Biarpun mangsa cuba untuk menutup pintu rumahnya namun dia gagal
sebelum seorang daripada suspek cuba merampas gelang tangan milik
isterinya.
"Fauzi yang cuba menyelamatkan isterinya itu bergelut dengan seorang
penjenayah sebelum rakan suspek menetak kepalanya menggunakan parang.
"Dua suspek kemudian melarikan diri bersama gelang tangan itu sebelum
Fauzi dibawa jirannya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan
lanjut," katanya. -sukanstartv



No comments:
Post a Comment