Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitter.
KUALA LUMPUR: Isteri, anak dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, tidak terkecuali hadir di Dewan Rakyat ketika beliau
membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya.
Dia memaklumkan selain Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa
dan menantu Daniyar Kessibayev, duduk di belakangnya di Parlimen ketika
pembentangan RMK11.
“Kalau tanya pasal jet marah ke?,” soalnya.
Tidak lama kemudian, Rafizi sekali lagi menaikkan statusnya di laman
sosial tersebut dengan memuat naik gambar anak Najib, Nooryana Najwa dan
pasangannya Daniyar Kessibayev.
“Ha3 ini gambar yang Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat (PR) forward.
Saya tak berani tanya takut kena debik, lagi-lagi tanya pasal jet,”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment