KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan serangan terhadap
partinya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini boleh
dijadikan alasan bagi parti Islam itu untuk menyertai UMNO.
Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang juga mendakwa Hadi kini sudah hilang
akal dan perlu meninggalkan Pakatan Rakyat dengan segera.
"Semua tuduhan itu tidak berasas dan tidak masuk akal. Ia kelihatan
seolah-olah seperti satu usaha mencari alasan membentuk kerajaan
perpaduan dengan Umno-BN.
"Sekiranya beliau hendak membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka,
silakan. Tetapi jangan menyerang dan membuat tuduhan palsu terhadap
DAP," katanya lapor The Malaysian Insider.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas komen Hadi semalam
mengatakan PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berikutan langkah
DAP mengumumkan menubuhkan kabinet bayangannya sendiri tanpa dianggotai
PAS dan PKR.
Hadi berkata, kabinet bayangan DAP tidak realistik, dan memberitahu
parti itu ia tidak boleh sekadar melindungi kepentingan kelompok
tertentu.
DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi, walaupun masih mengekalkan hubungan kerja dengan PAS.
No comments:
Post a Comment