Tuesday, 19 May 2015

Nyawa 8,000 Rohingya di hujung tanduk, Parlimen kata tak penting





Oleh: NAZLI IBRAHIM






KUALA LUMPUR: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia menolak cadangan penangguhan persidangan bagi
memberi laluan perbincangan isu pelarian Rohingya amat dikesali.




Hal itu kerana, nyawa kira-kira 8,000 pelarian Rohingya dalam kapal
kecil atau perahu di perairan beberapa negara Asia Tenggara termasuk
Malaysia berada di hujung tanduk apabila tidak dibenarkan mendarat.




Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar (PSM) berkata, Parlimen
harus membenarkan anggotanya mengemukakan cadangan kepada Kerajaan
Persekutuan dalam isu berkenaan.




ROHINGYA-MT-7-622x414“Setiap
saat, nyawa mereka semakin terancam. Ahli Parlimen seharusnya boleh
membantu kerajaan dalam isu ini tetapi malangnya tidak dibenarkan,”
katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.




Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR) pula
mempertikaikan kesediaan Malaysia membantu Palestin, Nepal dan
Bangladesh tetapi enggan membantu pelarian Rohingya.




“Sudah lebih sebulan setengah mereka berada di lautan dengan makanan
yang kritikal dan bahaya ombak besar kerana tak dibenarkan mendarat,”
katanya.




Ahli Parlimen Bukit Katil, Mohd Iskandar Mohd Akin (PKR) pula
berkata, Kerajaan Malaysia tidak perlu tunduk kepada ugutan Kerajaan
Myanmar.




jeyakumar“Myanmar tak mahu sertai mesyuarat negara Asean kalau Malaysia bantu pelarian mereka. Ini satu ugutan.




“Alasan tak campur tangan masalah negara lain tak boleh pakai sebab ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.




Terdahulu, Dr Jeyakumar menulis surat kepada pejabat Speaker memohon
supaya persidangan ditangguhkan bagi membincangkan isu pelarian
Rohingya.




Bagaimanapun, Pandikar menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak
perlu disegerakan kerana kerajaan sedang mengambil pelbagai usaha yang
tidak dinyatakan.-NFN-







No comments:

Post a Comment