Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai
yang ‘bising’ apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
namun ‘senyap’ selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
sebanyak RM300.
“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita
perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300,
malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.
“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada
sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang
diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan
satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,”
katanya.
Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.
Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk
Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad
Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar
Abdullah dan kakitangan kementerian itu.
Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.
“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.
“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST
sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus
tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.
Jelasnya
lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan
menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar
segera.
No comments:
Post a Comment