SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan
diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh
terdekat ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan dibincangkan para pemimpin tertinggi DAP, PAS dan PKR.
"Perkara ini akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (pakatan
pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda
Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group di sini, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas
kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menolak
cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk
menubuhkan kabinet bayangan pembangkang.
Lim dilapor sebagai berkata, kabinet bayangan pembangkang adalah tidak
praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri
dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi ahli Parlimen
parti itu.
Pada Isnin, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan cadangan
mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang bertujuan memperkukuh
sistem 'check and balance' (periksa dan imbang) dalam pentadbiran
negara. - Bernama
No comments:
Post a Comment