Pelarian Rohingya yang tiba di Indonesia dengan bot
menunggu sarapan pagi di kawasan sementara bagi pelarian di kampung
Kuala Cangkoi, Lhoksukon, Aceh. -foto REUTERS
15, dan dua adiknya hanya ada satu rancangan, iaitu mahu pergi ke
Malaysia dan bersatu kembali dengan dua abang mereka yang berkerja
sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur.
Keputusan tiga beradik ini, yang dua lagi berusia 13 dan 11 tahun untuk
pergi ke Malaysia telah dibuat pada tahun 2012 apabila ibu bapa mereka
terbunuh dalam serangan perusuh di kampung mereka di Lolbina, kawasan
Maungdaw, di Myanmar.
"Mereka datang pada waktu malam," kata Umai kepada The Straits Times di Kuala Langsa di Aceh.
"Kami bersembunyi untuk mengelakkan serangan. Mereka menoreh kerongkong ibu bapa kami," katanya.
Lebih daripada 600 pelarian Rohingya dan Bangladesh telah tinggal di
sini selepas mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan di luar perairan
pantai timur pulau Sumatera pada malam Khamis lepas.
Seorang abang mereka telah bekerja di Malaysia selama tujuh tahun dan seorang lagi,lima tahun.
Sejak tahun 2012, kedua-dua abang kanak-kanak pelarian ini menabung
untuk membiayai jumlah yang perlu dibayar terhadap rancangan adik mereka
untuk lari dari Myanmar ke Malaysia, iaitu sebanyak AS$2,000 (RM7,166)
setiap seorang.
Kanak-kanak tersebut, bersama-sama dengan beratus-ratus pendatang
Rohingya dan Bangladesh yang lain tidak berjaya memasuki Malaysia
apabila enjin bot mereka terhenti di Aceh selepas lebih dua bulan berada
di laut.
"Kami hanya mahu pergi ke Malaysia. Kami tidak mahu berpatah balik. Kami juga tidak mahu tinggal di Aceh," kata Umai.
Dia dan dua adiknya adalah antara pelarian di Kuala Langsa yang tidak
mahu berganjak daripada pelan asal mereka untuk datang ke Malaysia.
Terdapat kira-kira 900 pelarian Rohingya, kebanyakannya di Aceh, dan
lebih daripada lebih 400 warga Bangladesh, kebanyakannya di Kuala
Langsa.
Laksamana Tentera Laut Diraja Thai, Somchai Na Bangchang berkata
pendatang di atas bot yang ditemui di luar pantai Thailand Khamis lepas
tidak mahu mendarat di Thailand. Sebaliknya, mereka mahu pergi ke
Malaysia atau Indonesia, lapor Reuters.
Pelarian Rohingya di Aceh masih mempunyai peluang untuk pergi ke
Malaysia, tetapi pelarian Bangladesh berdepan dengan penghantaran balik
sebagai pendatang haram.
Pegawai Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai
Pelarian (UNHCR) di Jakarta memberitahu The Straits Times: "Pelarian
Rohingya tidak dapat dibawa pulang ke rumah mereka".
"Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara, jadi
UNHCR akan mendaftar semua mereka sebagai status pelarian dan memproses
kes mereka dan cuba untuk mencari penyelesaian sementara untuk mereka di
Indonesia."
Duta Bangladesh ke Indonesia Md Nazmul Quaunine pada Ahad berjanji untuk
bekerja dengan kerajaan tempatan dan UNHCR bagi memudahkan penghantaran
balik.
Walau bagaimanapun, sesetengah di antara mereka, seperti Muhammad Syafirullah Salim, 36, tidak mahu pulang.
Penjaga masjid, yang memperoleh pendapatan RM500 sebulan itu telah
meninggalkan isteri dan dua orang anak perempuan yang masih kecil untuk
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di Malaysia.
Perjalanan bot, yang menelan belanja AS$2,500 (RM8,957), hampir kesemuanya dibiayai oleh ibunya yang menjual tanah.
"Kami miskin. Saya sudah tidak ada wang. Saya tiada apa-apa lagi di
sana. Mengapa saya mesti balik ke rumah?" katanya kepada The Straits
Times.
Seorang pelarian Rohingya, Sokutara, 24, yang merupakan ibu kepada empat
anak lelaki berkata dia akan tinggal di Aceh atau mana-mana sahaja
tempat yang selamat.
Dengan bantuan daripada seorang penduduk tempatan yang melawat kem itu,
dia bercakap dengan suaminya yang berada di Malaysia melalui telefon.
Sokutara memberitahu The Straits Times: "Saya tidak akan menaiki bot
yang bahaya itu lagi. Suami saya menyuruh saya tinggal di mana sahaja
tempat selamat, sama ada di Indonesia atau mana-mana negara.
"Dia akan datang untuk tinggal dengan kami."
No comments:
Post a Comment