Wednesday, 20 May 2015

Hipokrasi Aung San Suu Kyi







Oleh Mohammad Sufian Talib





Ironinya, Aung San Suu Kyi pada September 2013, dinobat sebagai penerima Sakharov Prize for
Freedom of Thought Kesatuan Eropah kerana mendedikasikan sebahagian
dari umurnya mempertahan hak asasi manusia terutama di Myanmar.



Ketika dunia sedang mencari-cari di manakah beliau untuk menjuarai
kepimpinan berteraskan moral dan insani, malangnya, bisunya dia atas
nasib Rohingya yang merupakan sebahagian etnik di Burma amat
mengejutkan. Berdasarkan angka yang disebut PBB, 800,000 Muslim
Rohingya adalah etnik minoriti yang paling teraniaya di dunia.



Apabila
Suu Kyi dipersoal tentang Muslim Rohingya, jawapan beliau menunjukkan
dia seorang yang sangat berat sebelah, bias dan tidak
berperikemanusiaan. Jawapannya bersahaja, kedua-dua pihak Buddha dan
Islam sama-sama menderita, sedangkan sudah terang lagi bersuluh tidak
begitu senarionya, Buddha di Burma merupakan kekasih politik Burma dan
tidak pun dipaksa hidup di kem-kem yang kotor menjijikkan.





Dalam temubual BBC TV pada bulan Oktober 2013, beliau menafikan
negaranya terlibat dalam pembersihan etnik dan mengatakan keganasan
terhadap umat Islam adalah kerana ketakutan terhadap "kuasa Islam
global." Adakah patut kenyataan ini keluar dari mulut seorang penerima
Hadiah Nobel Keamanan.



Apakah mungkin Suu Kyi mengalami satu
prejudis peribadi terhadap Muslim berkulit hitam dan langsung tidak
mempunyai keberanian politik untuk menggunakan pengaruh beliau untuk
menghentikan keganasan? Dia tahu dia akan kehilangan undi rakyat
Rohingya yang merupakan etnik amat tidak popular di dalam Burma dengan
banyak yang beranggapan Rohingya sebagai pendatang haram Bangladesh.
Ambivalensi beliau mengenai nasib rakyat Rohingya terus menimbulkan
kebimbangan mendalam di peringkat antarabangsa.



Ironinya
seorang Buddha yang cintakan keamanan, memuji-muji pula pihak tentera
merupakan satu lagi percanggahan dan kekeliruan Aung San Suu Kyi hari
ini. Dalam 20 tahun beliau menghabiskan umurnya di penjara dan di bawah
tahanan rumah, dia berdiri menentang junta tentera. Tetapi minggu ini
gambar beliau berjaya dirakam bercakap dengan pihak askar di Sandhurst,
UK tentang keperluan untuk "Tentera yang ‘Baik’ dan ‘Profesional’ yang
disegani dan dihormati rakyat".



Walau bagaimanapun, penindasan
terhadap minoriti di Burma secara rutin dilakukan Tentera di bawah
kerajaan ukuran-awamnya, mengingatkan kepada pemerintahan tentera kejam
yang lalu.



Lebih malang, Suu Kyi jelas memutuskan dia
memerlukan sokongan tersirat daripada tentera jika dia ingin terus
dalam politik walaupun ini seolah-olah bercanggah dengan keperluan
untuk membangunkan masyarakat sivil. Kebimbangan disampaikan tentang
jumlah bantuan yang datang dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah
untuk menyokong tentera Burma dan bukannya membantu proses
Membangun-Demokrasi.



“EU berjaya melakukan perkongsian
strategik yang bijak dengan pihak tentera Kerajaan Burma dan bukannya
rakyat Burma” ulas Kumpulan Hak Asasi Manusia Burma yang berkempen di
UK.

Suu Kyi yang sering melaung dan memperjuangkan tema "the
greater common good". Retorik ini seakan dasar berhati-hati beliau jika
dia ingin mencapai dasar yang lebih progresif selepas pilihan raya
akan datang.



Malangnya, data kami menunjukkan beliau yang kononnya
datang dari pergerakan perjuangan demokrasi semasa melakukan lawatan ke
London, langsung tidak menghadiri satupun mesyuarat yang dirancang
dengan mana-mana kumpulan hak asasi manusia, juga masyarakat Burma yang
hidup dalam buangan di UK. Ini sahaja menunjukkan sikap dia yang
seakan “fall from grace”.



Apakah mungkin kita yang bersalah
dengan mengharapkan terlalu banyak Suu Kyi? Dengan melihat kepada
beliau untuk melakukan apa yang betul dari segi moral dan bukannya
politik suai-manfaat.



Kami pernah berharap beliau akan menjadi contoh
yang bersinar untuk semua kelemahan dalam demokrasi Barat. Sungguh,
harapan kami kini berkecai kerana beliau sedang sahaja menyesuaikan
diri dengan demokrasi kuku besi ala barat, yang sengaja melakukan
jenayah dalam senyuman.



Walau bagaimanapun, perlembagaan Burma
melarang individu dengan pasangan atau anak-anak yang merupakan
warganegara asing dari berkhidmat sebagai presiden - nampaknya
perlembagaan ini langsung ditujukan kepada Suu Kyi. Dia akan memerlukan
sokongan popular untuk mencapai pindaan perlembagaan dan kemudiannya
memenangi jawatan presiden. Adalah sangat tidak patut apabila beliau
mengorbankan sokongan minoriti Rohingya dalam keadaan beliau sedang
menginginkan undi untuk perlembagaan negaranya dipinda.



Matlamat tidak menghalalkan cara, bagaimana nasib rakyat Rohingya hari
ini mampu sahaja berpindah kepada meruntuhkan cita-cita beliau untuk
mendapat jawatan tersebut. Umat Islam di Burma terus sengsara di kem-kem
pelarian yang kotor, mereka hidup dalam buangan, tanpa negara, tanpa
harapan dan tanpa apa-apa penyelesaian yang boleh dijangka di masa akan
datang. Jika tidak Aung San Suu Kyi, siapakah lagi mereka-mereka yang
mampu memperjuangkan hak-hak sivil rakyat di sana?


No comments:

Post a Comment