Sunday, 24 May 2015

Wan Azizah Berkeras Tubuh Kabinet Bayangan Pakatan

RAKYATNEWS













alt






SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail akan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemimpin
Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP berhubung cadangannya
mewujudkan kabinet bayangan pakatan berkenaan.


Beliau berkata ia adalah bagi memberi gambaran jelas kepada ketiga-tiga
parti itu bahawa cadangan untuk membuat pemilihan anggota kabinet
bayangan yang diumumkannya Isnin lepas adalah idealistik.


"Kita wujudkan kabinet bayangan sebab tiada prasarana dalam Parlimen
untuk berbuat demikian dan akan bincang dalam masa terdekat.


"Disebabkan itu juga DAP, PAS dan PKR akan diberi peluang untuk ada
jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu," katanya kepada pemberita
selepas siri dialog Darul Ehsan bertajuk 'PRK Permatang Pauh dan Masa
Depan Politik Malaysia' di sini, Jumaat.


Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng baru-baru ini yang menyifatkan kewujudan kabinet bayangan oleh
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tidak relevan.


Susulan itu, DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri
dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen
parti berkenaan.


Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, dalam ucapan aluannya
pada sesi dialog tersebut ibarat bersetuju dirinya bukan calon paling
layak memegang jawatan Ketua Pembangkang.


"Sepatutnya, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang pegang jawatan itu
(Ketua Pembangkang) kerana DAP memegang majoriti kerusi dalam Parlimen,"
katanya.


Ketika ditanya sebab beliau dipilih, Anggota Parlimen Permatang Pauh
itu enggan mengulas lanjut dan sekadar memberi alasan beliau adalah
Presiden PKR serta diberi laluan oleh pemimpin pakatan pembangkang lain.
Bernama






No comments:

Post a Comment