Tuesday, 19 May 2015

Mengarut diam hingga selesai siasat 1MDB'

MALAYSIAKINI















Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membela 1MDB sama
seperti memberitahu orang ramai supaya berdiam diri ketika berdepan
rompakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Mahathir berkata demikian ketika merujuk gesaan supaya 1MDB tidak
dihakimi melalui pandangan awam sehingga Jabatan Audit Negara selesai
menyiasatnya.



“Minta orang ramai tidak tanya sebarang soalan sehingga laporan ketua audit negara adalah mengarut.



“Ia seperti lihat seseorang merompak dan orang ramai harus tunggu
sehingga pendengaran mahkamah selesai barulah bercakap mengenainya,”
katanya dalam blog beliau hari ini.



1MDB semalam meminta semua pihak menghormati proses semakan semula yang
diketuai Ketua Audit Negara, seperti diarah oleh kabinet, serta menunggu
hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bermula
hari ini.



Syarikat pembangunan strategik itu juga dilaporkan sebagai berkata
'perbicaraan menerusi media' tidak memberi faedah kepada mereka yang
benar-benar inginkan kebenaran.








No comments:

Post a Comment