Tuesday, 19 May 2015

Polis: Pelaku seks di balkoni dikenal pasti

MALAYSIAKINI








Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman
video yang menunjukkan pasangan dipercayai sedang melakukan hubungan
seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South pada hari Selasa lepas.



Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata
menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai
warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen
berkenaan bersama pasangannya.



Beliau berkata suspek dipercayai masih berada di negara ini.



Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut, katanya.



Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam seorang penyewa
di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia
menjadi viraldi media sosial.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Bernama









No comments:

Post a Comment