Penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri
itu membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan
kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.
PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli UMNO perlu merasa bimbang dengan
penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nasihat itu diberikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal, yang mengaku beliau juga bimbang dengan persengketaan antara Dr
Mahathir dan Najib.
Beliau berkata, penarikan sokongan oleh bekas Perdana Menteri itu
membuka ruang kepada musuh kerana ia menggambarkan kekuatan dan
kelemahan yang sedang dihadapi UMNO.
“Saya beranggapan apa yang penting kepada kita bagaimana kita
menyelesaikan masalah ini
(persengketaan). Ini yang saya tekankan dari
awal,” katanya pada sidang media selepas ‘Sof Launch’ Anugerah Ilham
Desa di Sri Pentas TV3 pada Selasa.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, persoalan yang
dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu perlu diperjelaskan oleh
Najib dan UMNO.
“Satu penyelesaian yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir perlu kita
jelaskan. Kita perlu ambil langkah-langkah (supaya tidak kelihatan)
parti itu berpecah dan boleh menjejaskan perjuangan,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Yang
Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memalukannya,
Shafie berkata’
“I dont want to response. Itu dia punya hal. Kita kena hormati dia bekas pemimpin. Between him and Pandikar (Amin),” katanya.
No comments:
Post a Comment