SHAH ALAM - Pemuda Pas Kelantan menyelar tuduhan Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang.
dikatakan menjadi penghalang kepada pembentukan kabinet bayangan PR.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan Guan Eng itu yang
tiba-tiba memalitkan kesalahan ke atas Abdul Hadi seolah-olah dalam
rangka berkempen untuk Muktamar Pas.
“Janganlah melampau sangat menyerang Presiden kami. Saya hanya ingin
menyatakan bahawa, jika sebelum PRU13, kita boleh terima tiada kabinet
bayangan sebelum PR memenangi pilihan raya. Kenapa sekarang Guan Eng
tiba-tiba menyalahkan Presiden Pas?
“Adakah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di dalam penjara,
maka kita terdesak untuk menamakan bakal Perdana Menteri dan bimbangkan
bahawa Presiden Pas menjadi pilihan, maka tekanan diletakkan ke atas
beliau? Jangan nanti orang berkata, Guan Eng sedang berkempen untuk
pemilihan di dalam muktamar.
"Saya bimbang selepas ini untuk tujuan kempen timbul pula isu Presiden
Pas menjadi penghalang pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, atau
Presiden Pas menjadi penghalang kepada pembinaan terowong bawah laut,”
katanya melalui kemas kini status di Facebook, semalam.
Sebelum ini, DAP mengumumkan kabinet bayangan sendiri ekoran keengganan parti itu mengadakan kerjasama dengan Abdul Hadi.
Guan Eng berkata, beliau tidak yakin kabinet bayangan PR akan menjadi
satu kenyataan dengan mengambil kira sikap Abdul Hadi yang disifatkannya
gemar membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan rakan PR yang
lain.
No comments:
Post a Comment