Senarai Kejayaan Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri
Malaysia Keenam! Respon Anda : Sekarang ini adalah waktu yang paling
sukar buat Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri
Rosmah Mansor. Diharapkan “syurga” sepanjang
masa buat beliau ketika memerintah Malaysia tetapi ranjau sudah mula ditemuinya pada ketika ini.
Nah….hari ini, satu demi satu ahli
lembaga pengarah bagi syarikat besar bernama Malaysia termasuklah Tun Dr
Mahathir bersama-sama kalangan dan kumpulan yang tidak berpuas hati
dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai CEO mereka sekarang
ini, bangkit dan mahu Najib Razak letak jawatan. Apa pula respon anda?
Senarai Kejayaan Najib RazakSebagai Perdana Menteri?
BACA SINI :Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?
- Kenaikan harga rumah naik tanpa kawalan
yang membela nasib rakyat Malaysia. Rumah mampu milik RM400,000 ke
bawah sepertimana diumumkan oleh Najib Razak adalah kegagalan yang
dilakukannya sehingga diambil kesempatan oleh kapitalis hartanah- Masih tidak kelihatan lagi keberanian
Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat bagi menerangkan isusemasa
yang berlegar di Malaysia. Debat bukan budaya kita hendaknya.- Kenaikan hutang kerajaan Malaysia meningkat berkali ganda
BACA SINI :Nisbah
Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%).
Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 –
2Q2014) Naik 67%!
- Kenaikan hutang isi rumah meningkat mendadak
- Ciri ketegasan yang perlu ada pada
seorang bergelar Perdana Menteri bagi sebuah negara yang berdaulat,
tetapi tiada pada Najib Razak. Contohnya, Berita Semasa sehingga ke hari
ini tertanya-tanya mengapa kita mahu mengadakan projek keretapi laju
perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri Singapura. Pelik? Mengapa
tidak dibuat sahaja sehingga ke Nusajaya sahaja?- Skandal1MDB bernilai RM42 bilion terus menajdi kebimbangan rakyat Malaysia, Tun Mahathir dan juga kalangan pelabur
- Telah menggunapakai konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion
- Melantik menteri yang dilihat tiada
ciri kepimpinan dan dan kepintaran ketika mentadbir kementerian
masing-maisng bagi menjaga kepentingan rakyat di bawah. Contohnya? Ahmad
Maslan dan Hasan Malek.- Lebih suka menabur wang untuk
menunjukkan kepada dunia yang rakyat Malaysia, orang kampung menyokong
di kaca televisyen setiap kali menyampaikan ucaptama contohnya- Kita sudah cukup kakitangan kerajaan
dan jabatan kerajaan untuk menguruskan negara, tetapi Najib Razak lebih
suka menubuhkan lagi agensi lain untuk mengajikan kakitangan luar dengan
gaji yang lebih tinggi- Ada lagi yang anda mahu tambah?
Walauabagaimanapun
berdasarkanpemerhatian Berita Semasa, Najib Razak tetap ada melakukan
beberapa perubahan dan impak kepada negara.Contohnya :
Senarai Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?
- Projek mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berimpak besar seperti KVMRT (Klang Valley Mass Rapid Transit)
- Penempatan setempat agensi-agensi yang yang seringkali rakyat Malaysia berurusan di bawah satu bumbung yang mana dipanggil UTC
- Berbanding Perdana Menteri Malaysia
sebelumnya, tidak dinafikan Najib Razak antara yang kerapkali memberikan
tumpuan kepada pembangunan negeri Sabah dan Sarawak.- Najib Razak dilihat serius untuk
meningkatkan potensi dalam industri ICT di Malaysia sekaligus mampu
meningkatkan peratusan KDNK dari sektor perkhidmatan.- Pemerhatian anda pula?
Apa pula respon anda disebalik kejayaan
dan kegagalan Najib Razak selama memerintah Malaysia selama lebih
enamtahun? Anda mahu tambah senaraiannya?
No comments:
Post a Comment