Thursday, 30 April 2015

KPDNKK: ‎Lepas GST ada barang turun harga







Alias Ahmad Datuk Seri Alias Ahmad










PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan beberapa barangan mengalami penurunan
harga di seluruh negara selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).



Ketua Setiausahanya,‎ Datuk Seri Alias Ahmad berkata, ‎ hasil analisa
terhadap harga barangan bagi April berbanding Mac lalu, 99 barang telah
mengalami penurunan harga di Semenanjung dan 145 di Sabah serta 102 di
Sarawak.



"Ini bukti bahawa selepas pelaksanaan GST, tidak semua barang naik
harga. Sebab barang-barang ini dikecualikan GST yang tidak boleh
dikenakan 6 peratus.



"Peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga. Sebab itu
kita minta pengguna lapor kepada kita," katanya pada sidang media di
KPDNKK, hari ini.



Melalui senarai barangan harga turun hasil analisa harga bulan April
berbanding Mac di Semenanjung, 99 barangan tersebut mengalami penurunan
antara satu sen sehingga RM7.80.



Antaranya, udang putih besar import, ikan bawal putih import, tomato,
Dumex Dupro Langkah 2, bawang besar Import China, telur ayam, ayam
bersih Super, minyak sawit campur Cap Pisau dan teh boh sebuk.



Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ada barangan dalam kategori sama
yang mengalami kenaikan susulan punca yang tidak dapat dielakkan.



"Harga barang yang naik itu ada memang tak dapat dielakkan. Macam kobis
bunga, kacang bendi...Sebab cuaca, kadar mata wang," katanya.



Melalui pembentangan pegawai KPDNKK dalam sidang media sama, beberapa
faktor lain turut memainkan peranan dalam kenaikan harga barangan
tersebut iaitu kondisi bekalan yang diterima.



“Kebanyakan barangan basah tidak dikenakan GST dan komoditi barangan
basah sensitif terhadap sebarang perubahan ekonomi dan cuaca,” katanya.



Ketika ditanya mengenai senarai barangan yang mengalami kenaikan harga,
beliau memberitahu pihaknya akan mengemukakan senarai barangan naik
kelak.








BN, PKR janjikan saingan sengit







BN, PKR janjikan saingan sengit Kempen anti GST menjadi fokus PR dalam PRK Permatang Pauh dan kempen balas mengenai GST oleh BN.










PERMATANG PAUH - Atas kertas undi ada nama empat calon yang menawarkan
diri dalam PRK Permatang Pauh tetapi saingan sengit dilihat lebih
menjurus kepada BN dengan PKR.



PKR menampilkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - nama
yang sudah dikenali dalam persada politik tanah air dengan menerajui
parti itu sejak ditubuhkan pada 1999.



Sebut sahaja Kak Wan, semua orang kenal dan tahu siapa dirinya.
Mewakili Permatang Pauh hampir tiga penggal di Parlimen dan menggalas
tugas ketua pembangkang sebelum ini.



Setiausaha Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin pula menjadi taruhan BN
dalam saingan kali ini sebagai memenuhi cita rasa anak muda yang
memerlukan lebih banyak suara mereka didengari oleh kerajaan.



Anak tempatan dari Guar Jering ini memikul amanah besar jika terpilih
sebagai YB kelak kerana diberi tanggungjawab membangunkan semula kawasan
itu dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan projek pembangunan.



Calon Bebas, Salleh Isahak, anak tempatan dan lebih memberi fokus
kepada aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan ke arah melahirkan insan
berilmu, berakhlak dan beriman.



Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman juga anak tempatan
tetapi masih belum tampil di hadapan orang ramai atau turun padang
berkempen.

Personaliti ini kurang dikenali penduduk tempatan walaupun dikatakan dibesarkan di Permatang Pauh.



Timbul sedikit kontroversi apabila penampilan calon ini yang tidak
disokong oleh PRM negeri di mana mereka menyuarakan sokongan kepada
calon dari PKR.



Lebih 72 jam kempen berjalan, belum nampak siapa yang akan menjadi
'juara' dalam perebutan kali ini kerana masing-masing masih mempunyai
kira-kira 208 jam lagi untuk bertarung dalam kempen dan terus merayu
undi dari lebih 70,000 pengundi berdaftar.



Dilihat kepada gerak kerja jentera pilihan raya parti, kemampuan BN dan
PKR nampak seimbang setakat ini walaupun kehadiran orang ramai belum
boleh menjadi ukuran sebenar calon yang menjadi pilihan mereka.



Dari segi ceramah, banyak isu yang dibangkitkan pemimpin PR agak panas
berbanding BN. Mungkin lebih mudah bercakap dari mencari kesalahan parti
lawan berbanding cadangan bernas untuk menyelesaikannya.



Kadang-kadang bila banyak bercakap, akan nampak kelemahan sendiri.
Contoh dalam isu GST yang menjadi fokus utama PR dalam kempen apabila
menyalahkan kerajaan melaksanakan cukai itu hingga membebankan rakyat.



Pelbagai makna diberi kepada GST - gasak sampai tersungkur, gosok
sampai terlena, godam sehingga terbeliak - semata-mata untuk menunjukkan
rasa geram terhadap langkah terbaharu kerajaan meningkatkan hasil
pendapatan.



Tetapi PKR lupa, pemimpin mereka pernah menyebut mengenai kebaikan GST
dan akan melakukan perkara yang sama jika berjaya mengambil alih
Putrajaya.

Calon kitar semula sering kedengaran apabila berlaku PRK atau pilihan raya umum.



Yang menjadi sasaran ialah BN kerana masih menampilkan calon lama atau
veteran dengan alasan masih dikehendaki rakyat atau calon boleh memang.



Inilah modal dan kempen PR dengan menyatakan BN ketandusan pemimpin
berbanding pakatan pembangkang memberi peluang kepada golongan pelapis
bertanding dalam pilihan raya.



Tetapi kali ini, tempias itu kembali kepada PKR yang dianggap
mengemukakan calon kitar semula apabila menampilkan calon lama yang
sudah meletak jawatan sebelum ini dengan alasan tersendiri.



Sebaliknya BN kali ini memberi peluang kepada muka baharu dan yang
masih muda untuk menjadi wakil di Permatang Pauh dengan harapan mampu
membawa suara anak muda yang penuh dengan idea dan inovasi kreatif bagi
membangunkan kawasan ini yang agak ketinggalan dari arus pembangunan
semasa.



Kini, terserah kepada kebijaksanaan jentera pilihan raya parti
masing-masing merayu pengundi memilih calon mereka kerana persaingan
masih terbuka dengan isu yang agak setara antara BN dan PKR.








Tun M kritik Najib kerana duit kerajaan hilang








Mahathir Mohamad Mahathir Mohamad











KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan
beliau tiada masalah dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak
sekarang asalkan pentadbiran Najib 'bersih' daripada hutang.



Beliau berkata, serangannya dan kritikannya ke atas pentadbiran Najib,
adalah disebabkan duit negara sering hilang dan hutang semakin
meningkat.



‎"Kerajaan kalau bayar hutang saya tiada masalah, yang jadi masalah
sekarang ini duit hilang kalau satu, dua juta tak apalah, ini sampai 14
juta, 20 juta hilang tidak tahu ke mana pergi.



"Ini persoalannya, saya tidak puas hati pasal duit kerajaan hilang,"
katanya ketika sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di
Jerman Institut, Kajang hari ini.



[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak akan tunduk dengan kritikan‎]



‎Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai
kenyataan Najib semalam yang mengatakan bahawa beliau tidak akan
berganjak walaupun 'diserang'



Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi
sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah
kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara.



Kenyataan Dr Mahathir tersebut merujuk kepada hutang 1MDB, yang sehingga kini belum dilunaskan keseluruhan hutangnya.





SKMM: Youtube sekat video Alvin Tan



SINAR HARIAN







Alvin dikecam, biadab hina Azan Sedutan video yang dimuatnaik oleh Alvin Tan.










CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
meminta YouTube dan Facebook untuk mengeluarkan video menghina azan
oleh Alvin Tan pada 21 April 2015.



Katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, berdasarkan pemantauan
SKMM menunjukkan bahawa video berkenaan telah dimuat naik beberapa kali
di YouTube.



Oleh yang demikian katanya, pihak YouTube semalam telah menyekat video
berkenaan untuk penonton di Malaysia, dan SKMM masih berhubung dengan
Facebook untuk mengeluarkannya.



SKMM menegaskan pihaknya sedang memantau penyebaran video tersebut dan
menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan dalam
media sosial mahupun dalam aplikasi pesanan kerana ia melanggar Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.



“SKMM menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terkesan dengan
kelakuan yang tidak bermoral dan boleh menggugat keamanan dan
keharmonian negara,” katanya. - Bernama








'Belajar dulu sebelum kata saya bodoh'

MALAYSIAKINI














Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang
mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh
dan Rompin.



Beliau menafikan laporan berita AstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.



Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.



Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak
pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.



"Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.



"Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.



"(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya," kata
Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK
Permatang Pauh hari ini.



Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri
Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli
parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut
mengenai GST sebelum memanggilnya "bodoh".



Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga
perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.



"Saya
berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor
kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada
beliau.



“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.



"Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar
lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.



“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu," kata Ahmad lagi.



Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.



Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.



Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya
dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut
tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu.



Dr M: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?

MALAYSIAKINI














Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam
blognya.



Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu
hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan
"mewah."



"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta
hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).



"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak
pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi
masalah."



Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.



Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.



Ella: Masyarakat belum sedia dengan GST

MALAYSIAKINI














Ratu Rock Ella mengakui masyarakat belum bersedia dengan pelaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula awal
bulan ini.



“GST ini mungkin ada kebaikan, tetapi kita ini diberi masa (bersedia) yang tidak cukup.



“Maknanya kita kena warm up dulu sampai masyarakat faham, kemudian baru lancarkan,” katanya kepada Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.



Tambahnya, pelaksanaan cukai itu, yang masuk hari ke-29 hari ini, seperti dibuat secara tiba-tiba.



“Tidak cukup masa, macam tiba-tiba,” kata Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.



Ella bukan selebriti pertama tampil menyuarakan perasaan tidak selesa itu.



Sebelum ini, pelakon, model dan pengacara Rozita Che Wan (kiri) juga telah menyatakan kebenciannya terhadap pelaksanaan GST secara terbuka.



Lebih mesra dengan panggilan Che Ta, beliau menyatakan bantahan halus
itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di Instragram ketika menyatakan
sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.



Mahathir, bekas perdana menteri keempat sebelum ini mengeluh
“keseorangan” mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.



Lagu baru, rahsia kecantikan



Sementara itu Ella juga akan kembali mewarnai kariernya dengan pelancaran single terbaru berjudul “Istimewa” dan “Sujud” esok.



Album penuh akan dilancarkan Jun ini dan penggambaran klip video akan dibuat di kota London.



Ditanya mengenai keistimewaan lagu baru itu, Ella menjelaskannya sebagai “lagu berunsurkan ketuhanan dalam versi Ella’”.



Ella juga kini cuba menceburi bidang perniagaan dengan produk kecantikan berasaskan rahsia turun temurun keluarganya.



Dinamakan “Lameya”, produk itu mengandungi bahan berkhasiat seperti minyak ikan kod, habbatus sauda dan buah zaitun.



“Lameya bermaksud bijaksana, cantik dan berseri. Ia makanan Sunah. Ella
dah pakai produk ni bertahun sejak dari mak lagi,” katanya



Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK

MALYSIAKINI











Pemuda
PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan
untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK)
Parlimen Permatang Pauh.




Ketua
Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas
mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS
Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Khairil Nizam Khirudin, malam
tadi.




"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.




"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," kata Mohd Yusni (kanan) dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.




Turut hadir dalam sidang media itu Khalil dan Khairil.



Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak membantu gerak kerja
Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf
kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.



AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan
sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau
membuat permohonan maaf.



Pemuda PAS akur Majlis Syura



Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan
pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.



"Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS
akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar
mempertahankan kerusi itu," katanya.



Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama
apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam
Pakatan.



"Kami tetap dengan pendirian sebelum ini tetapi pada masa sama tetap nak
pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas daripada
Pakatan.



"PAS ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan parti ini masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kami akur," tegasnya lagi.



Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi
kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan
tindakan tatatertib.



"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.



"Saya atau (Pemuda PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi.




Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli berkata, beliau
berterima kasih kepada Pemuda PAS negeri kerana memeriahkan lagi kempen
Pakatan.



"Tidak timbul soal sama ada mereka (Pemuda PAS Pulau Pinang) akan
dikenalan tindakan tatatertib kerana perkara itu telah diselesaikan.



"Pemuda PAS Pulau Pinang ambil keputusan untuk sertai (kempen) dengan sepenuh hati dan bekerja kuat," katanya.





PKR: Pagoh lebih mundur dari Permatang Pauh

MALAYSIAKINI















Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menjaga dan
menumpukan isu pembangunan di kawasannya berbanding di Permatang Pauh.



Saifuddin mendakwa, kawasan Muhyiddin di parlimen Pagoh lebih mundur
dari segi pembangunan dan infrastruktur berbanding di Permatang Pauh.



"Muhyiddin semalam menyentuh tentang pembangunan di Permatang Pauh.



"Jika dibandingkan dengan di Pagoh, di Permatang Pauh, pembangunannya
lebih baik dari Pagoh dari segi prasarana, peluang pekerjaan dan
pembangunan," katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR
Permatang Pauh.



Semalam, Muhyiddin melahirkan kebimbangan sekiranya calon pilihan raya
kecil Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat
menjaga dan memajukan kawasan itu.








SPR: Banduan memang tak layak mengundi

MALAYSIAKINI














Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal dengan pendiriannya menganggap
banduan hilang kelayakan mengundi walaupun PKR mendakwa agensi itu
tersilap mentafsir perlembagaan persekutuan.



Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Malaysiakini, mereka tidak akan mengubah keputusan berkenaan.



Malaysiakini pada Ahad lalu melaporkan, SPR menganggap seseorang banduan tidak layak mengundi berdasarkan Artikel 119 (3) (a) perlembagaan.



Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran (gambar) mendakwa, SPR
tersilap dalam pentafsirannya dan menuntut Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang kini dipenjara di Sungai Buloh dibenarkan mengundi
dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei ini.

Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Chedet Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat!







Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Chedet
Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat!
: Jurucakap NO.1 GST Malaysia,
Ahmad Maslan yang sekarang ini cukup sibuk dengan aktiviti penerangannya
ke seluruh Malaysia terhadap, keindahan, kebaikan, kecekapan dan segala
macam yang baik-baik tentang pelaksanaan GST Malaysia yang dibuat
sekarang ini menemplak mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
yang mencadangkan supaya batal GST Malaysia dihentikan pada masa
sekarang ini.




batal gst






Ini kerana Ahmad Maslan merasakan Tun Dr Mahathir masih lagi kabur dan tidak faham pelaksanaan GST Malaysia ini.








Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Mahathir Tidak Faham?




“Jelas peratus GST merupakan cukai yang
lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir)
kata lebih baik jika kerajaan batalGST?,”


Hebat. Kepada Ahmad Maslan, Berita Semasa ada persoalan seperti di bawah ini :




  • kenapa reload sekarang sudah naik harga?

  • kenapa dahulu bil internet dan segala benda naik harga?

  • padahal dahulu SST 10% harga reload RM10 bil RM199

  • GST datang reload jadi RM10.60 bil internet jadi RM210.9?




Di manakah penjimatan dan harga rendah
yang dicanang oleh anda, wahai Ahmad Maslan? Yang rakyat paham sekarang,
mereka bayar lebih?





P/S : Jikalau dahulu, kejatuhan empayar Melaka berpunca antaranya lain disebabkan sikap “tin kosong“,
pembodek dan pengampu seperti Raja Mendeliar dan si Kitul. Rakyat
Malaysia tidak sanggup menerima jelamaan Raja Mendeliar dan si Kitul
buat kali kedua.





PP/S : Seorang pemimpin tidak boleh guna teori dalam buku semata tanpa perhatikan realiti pelaksanaan di lapangan bagaimana.






Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?











Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta
Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?
: Jikalau disemak pada laporan
Berita Astro Awani yang bertarikh 16 Mac 2015, laporan berita Astro
Awani menyatakan yang mana Perdana Menteri kita sama sekali menyangkal
dakwaan liar yang mengatakan figura yang cukup popular dengan skandal
1MDB ini, Jho Low sama sekali tiada kaitan dengan 1MDB pada ketika Datuk
Seri Najib menjawab soalan di Dewan Rakyat.





jho low 1mdb




Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?



Persoalannya di manakah kebenarannya?
Semakan Berita Semasa terhadap transkrip yang keluar dari Mahkamah di
Britain menunjukkan secara jelas di sini struktur kertas penghakiman kes
Patrick McKKillen v Misland(Cyprus) Investments Ltd dan 10 yang lain di
London seperti lampiran yang telah Berita Semasa kongsikan di bahagian
atas.





Ia menunjukkan Jho Low ada “hubungan”
dengan 1MDB mellaui syarikat Wynton dan tawaran yang dibuat Jho Low
mendapat sokongan dari kerajaan 1MDB dan kerajaan Malaysia untuk beli 3
buah hotel di London dengan nilai lebih 900 juta pound sterling.




BACA SINI BERKAITAN :Soal Jawab Najib Razak di TV3 Isu Semasa Terkini di Malaysia 1MDB, BR1M, Altantuya. Berpuas Hati Jawapan Najib?





Tetapi dalam pada masa yang sama Najib Razak mengatakan JHo Low tiada kaitan dengan 1MDB?


P/S : Ingat lagi sejarah Nero bermain
biola semasa Rom terbakar? Ataupun Marie Antaoinette yang gila kemewahan
dicincang oleh rakyat Perancis? King Louis XVI? Berhati-hati.





P/S : Mengapa Datuk Seri Najib
tidakmenggunakan peluang ketika siaran rakaman penjelasan isu semasa di
malaysia yang berbangkit untuk menyentuh dan memberikan
penjelasanmelibatkan isu ini? Rakyat tidak berminat mahu tahu anda
bersumpah atau tidak, jambatan bengkok atau tidak.









Pentadbiran Najib tidak bersih- Tun M







Dr Mahathir menerima agenda kerajaan membayar
hutang tetapi beliau tidak puas hati apabila duit negara hilang dan
hutang luar negara meningkat.







mahathir kritik najib








KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad
mengaku beliau menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana
pentadbirannya yang didakwa tidak bersih.





Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak puas hati kerana di bawah
pentadbiran Najib, duit negara hilang dan hutang luar negara pula
meningkat.




“Agenda kerajaan kena bayar hutang. Kalau bayar hutang saya tidak ada
masalah. Menjadi masalah sekarang ialah duit (negara) hilang.




“Kalau satu juta, dua juta takpelah, ni sampai 14 juta, 20 juta
hilang. Tidak tahu ke mana perginya. Ini persoalannya. Saya tak puas
hati pasal duit hilang…duit kerajaan,” katanya pada sidang media selepas
menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysia Institute pada Rabu.




Dr ‎Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai
kenyataan Najib yang menyatakan beliau tidak akan berganjak walaupun
‘diserang’.




Najib ketika berucap ketika melancarkan laporan Program Transformasi
2014 berkata, beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun
diasak dan dikritik.

Ahmad Maslan tidak faham GST-Tun M












Menurut Dr Mahathir jawapan dan respon yang
diberikan Ahmad Maslan menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu sebenarnya
tidak mendalami GST.







maslam mahathir pulak






KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad
menempelak Datuk Ahmad Maslan yang tidak tahu hal ehwal kewangan walhal
memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.





Bekas Perdana Menteri berkata, Ahmad Maslan sebagai pelaksana
sepatutnya lebih arif tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).




Katanya, berdasarkan jawapan dan respon yang diberikan oleh Ahli
Parlimen Pontian sudah cukup membuktikan Ahmad Maslan sebenarnya tidak
mendalami GST.




“Orang yang nak laksana tak paham apa dia (GST). Bila kita tanya dia
pun tidak berapa tahu. Jadi nampak tak memahami secara mendalam. Saya
pun kena bayar GST juga,” katanya.




Dr Mahathir berkata, walaupun beliau tidak memahami GST namun Ahmad Maslan tidak pula mengatakan apa disebutnya itu salah.




“Saya tak faham (GST) tapi apa yang saya kata dia (Ahmad Maslan) tak kata salah tapi yang dia cakap tu macam tak tahu apa.




“Jaga pasal kewangan tapi tak tahu pasal kewangan langsung, macam mana?,” katanya.




Sebelum ini, Ahmad Maslan menyifatkan Dr Mahathir tidak tahu GST
kerana kemungkinan tidak mendapat penerangan terperinci atau tersalah
tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.




Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir mengesahkan beliau tidak akan
menyertai perhimpunan pada 1 Mei bagi membantah pelaksanaan GST.


Zaid: Najib tak ubah seperti maharaja

MALAYSIAKINI













Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup
membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.



Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai,
katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja
Perancis, Louis XIV.



“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memangpun dia
berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV,
beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.



“Bila
adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana
menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib
tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.



“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga
seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada
sesiapapun,” kata Zaid.



Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.



“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan
meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu
ditanya sebabnya.



“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.



“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).



“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke
atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.



Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya
membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd
(1MDB).



Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.



“Beliau juga nampaknya tidak segan bila syarikat kerajaan ini terpaksa
minta sedekah baru-baru ini untuk mendapatkan RM2 bilion bagi membayar
faedah kepada bank.



"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid



Kad prabayar: Ahmad Maslan vs Shabery

MALAYSIAKINI














Isu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah
nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza dari dua
anggota Kabinet dari Umno.



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
menyebelahi agensinya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang setuju
agar kad tambah nilai tidak dinaikkan.



Menurut Shabery, syarikat telekomunikasi tidak akan kembali mengenakan harga lama seperti sebelum penguatkuasaan GST.



Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyebelahi Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, yang menuntut agar telco mengenakan harga lama.



Menurutnya, harga tersebut telahpun ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini.



"Keputusan Kabinet pada 3 April mengatasi keputusan yang lain tentang
isu kad prabayar. Tentu pihak telco sudah tahu tentang ini,” katanya di
Twitter.



Dalam tulisannya itu, beliau turut memuatkan pautan laporan berhubung
keputsan Kabinet bahawa harga kad prabayar tidak akan dinaikkan walau
dengan pelaksanaan GST.



Shabery pula berkata, syarikat telekomunikasi tidak akan dapat
menetapkan harga kembali ke paras asal, seperti diarahkan oleh Kastam.



"Bayaran kad prabayar ini juga melibatkan pembayaran melalui bank serta
pembayaran secara elektronik selain ia melibatkan seramai 30,000 ejen
seluruh negara.



“Perubahan perisian dan sistem perlu dilakukan bagi memastikan ia
berjalan dengan lancar," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.



Tambahnya, SKMM dan Kastam telahpun bersetuju untuk mendapatkan maklum
balas pengguna berhubung pelaksanaan GST sebelum membuat keputusan
lanjut.



Menurutnya, kajian itu akan siap pada minggu ini dan akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet minggu depan, lapor Bernama.



Tinjauan Malaysiakini awal bulan ini mendapati, ada di kalangan
peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan
bimbang akan mengalami kerugian.



Menurut kiraan SKMM, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60



Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43.



Kastam pula mahu harga tersebut kekal pada harga lama, dengan nilai yang sama dengan harganya.



Muhyiddin rayu hadirin tepuk tangan

MALAYSIAKINI














Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara
di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh
kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.



Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.



Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya
merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada
juga yang mengambil peluang melelapkan mata.



Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.



Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.



Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.



"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah,” katanya



Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.



"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai
sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan,” katanya.



Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan.



"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu,” katanya.



Dr M: BN tak perlu bantuan saya dalam PRK

MALAYSIAKINI














Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat BN tidak
memerlukan bantuannya dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.



Bagaimanapun, beliau berpandangan BN berpeluang menang kerusi parlimen
tersebut ekoran perselisihan berhubung isu hudud yang melanda Pakatan.



"Saya tak fikir mereka (BN) perlukan bantuan saya. (Tetapi) saya fikir mereka mempunyai peluang untuk menang.



"Sebab isu hudud, PKR tak sokong. Jadi PAS mungkin tidak akan bantu.



"Maka ia boleh beri peluang (pada BN)," katanya dalam sidang media selepas program Cakna Ilmu di USM Pulau Pinang.



Selain itu, ditanya mengenai calon BN di Permatang Pauh, Mahathir berkata, beliau tidak mengenaliSuhaimi Sabudin,tetapi yakin dia merupakan pilihan yang bagus.



"Saya tak kenal dia. Tapi saya baca dia calon yang bagus saya harap BN menang," katanya.



Ditanya mengenai pencalonan kali kedua Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon kawasan itu, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu
berkata, PKR merupakan sebuah parti "keluarga".



Malah, katanya penubuhan parti itu juga hanya untuk menguruskan "parti keluarga" itu.



"PKR memang akan selalu mendahulukan ahli keluarga. Parti itu hanya
ditubuhkan untuk memberikan sokongan kepada parti keluarga itu," kata
Mahathir ringkas.



Sementara itu, di program Cakna Ilmu anjuran Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) USM itu, Mahathir hanya menyentuh mengenai latar belakang hidupnya
serta memberi pandangan mengenai pengalamannya selaku bekas perdana
menteri.



Program yang dihadiri kira-kira 2,000 pelajar ini juga sedikit berbeza
berbanding sebelum ini apabila beliau langsung tidak menyentuh tentang
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Bagaimanapun, beliau hanya menyentuh mengenai betapa pentingnya pemimpin
dalam sesebuah organisasi supaya tidak hanya bergantung harap pada
perkara lain.



"Saya biasa lihat sekolah di seluruh negara. Ada sekolah yang maju dan
apabila dikaji saya dapati kepimpinan dalam sekolah itu ialah kepimpinan
terbaik. Ada idea, pengetahuan. Sedangkan sistem sekolah sama seluruh
negara.



"Ada sekolah yang maju dan yang tidak. Jadi orang yang memimpin itu
memainkan peranan yang besar," katanya menjawab soalan moderator sama
ada perlunya kuasa autonomi sesebuah universiti untuk menaikkan kualiti
sesebuah institusi.



TKO menanti kumpulan pro-Pakatan PAS

MALAYSIAKINI















Menjelang tengah malam nanti pencalonan bagi pemilihan PAS tahun ini
akan ditutup dan calon layak bertanding akan berdepan cabaran sebenar
dalam muktamar di Kuala Selangor Jun ini.



Pertarungan sebenar, sejak 2009, menyaksikan pertembungan jelas antara
kumpulan pro-Pakatan Rakyat yang mengutamakan agenda merampas Putrajaya
dan kelompok berbeza pandangan proulama.



Kumpulan kedua dilihat lebih mementingkan agenda Islam PAS, termasuk
perkara kontroversi walaupun kurang strategik daripada aspek politik.



Dalam
pemilihan kali ini, kumpulan pro-Pakatan dilihat melalui tugas sukar
berdepan kumpulan proulama, yang mencuri perhatian perwakilan dengan
wajah “kepimpinan ulama” yang mahu digilap semula.



Bahkan, kali ini, asakan mereka bermula daripada peringkat akar umbi
lagi apabila seorang demi seorang calon pro-Pakatan berjaya dicantas
daripada bawah.



Antara “singa" yang berjaya dijinakkan kumpulan proulama termasuk bekas
menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar atas, kanan).



Walaupun mengetuai PAS Kampar selama 14 tahun, Nizar akhirnya tewas
dalam pertandingkan yang dipertua kawasan kepada ulama setempat yang
kurang dikenali Mohd Sofian Rejab



Sementara itu, kawalan proulama di peringkat akar umbi pula memberikan
kelebihan kepada golongan ini dalam keadaan corak “pengundian blok” di
peringkat kawasan.



Kunci G5 pada YDP



Bermaksud, lima undi daripada sebuah kawasan PAS (dirujuk G5) ditentukan oleh kecenderungannya ketuanya di peringkat bawah.



Tidak hairanlah kini budaya “chai” (pengedaran senarai kumpulan) dilihat
pengamat politik PAS bakal memainkan peranan penting kali ini.



"Trend
pencalonan diberikan kepada proulama. Mereka memberi undi berdasarkan
blok. Ini trend baru yang sebelum ini tak ketara sangat sebelum ini.



"Kita nampak akan mengundi (pemimpin dari) satu kumpulan. Ada senarainya.



"(Kumpulan) progresif bakal maut dengan pukulan TKO (pukulan maut)," kata seorang pemerhati politik dalaman PAS kepada Malaysiakini.



Kumpulan proulama juga dilihat mempunyai gerak kerja lebih tersusun ketika pemilihan kali ini dikatakan antara yang paling kotor dalam sejarah PAS.



Kumpulan proulama dilihat memanfaatkan sebaiknya program parti bagi
tujuan kempen, antaranya Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Marang
dan Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur awal
bulan ini.



Malah, kempen melalui siri multaqa (konvensyen) ulama PAS peringkat
nasional dan negeri juga dilihat memainkan peranan ke arah melebarkan
“kepimpinan ulama” melalui resolusi untuk mengukuhkan kepimpinan
golongan itu.



Asakan 'makan diri' DAP



Di media sosial juga begitu, selain beberapa pemimpin progresif yang
lantang mengkritik kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, mereka
terus ketinggalan dalam perang saraf di Internet.



"Tak ada kepimpinan. Tak ada visi (setakat ini). Ahmad Awang dilihat
berseorangan, tetapi kumpulan progresif tidak dilihat bersama.



"Mereka hanya tunggu untuk dipukul habis-habisan. Kita tunggu dan lihat," kata sumber lagi.



Sementara
itu, daripada aspek luaran pula, serangan bertubi-tubi DAP terhadap
Hadi dilihat tidak sedikit pun melemahkan penguasaan kumpulan proulama,
mahupun kepimpinan anggota Parlimen Marang itu.



Walaupun Hadi berdepan kritikan paling lantang sejak 13 tahun menerajui
PAS, asakan berlebihan daripada luar hanya mengundang kebimbangan
dalaman terhadap maruah parti Islam itu daripada diperkotak-katikkan
oleh DAP.



Malah, ia menyebabkan kumpulan pro-Pakatan tersepit. Ia sekali gus
membantutkan asakan supaya dilihat 'patriotik' dan tidak dituduh
bersekongkol dengan DAP – yang mempunyai masalah serius terhadap
dasar-dasar Islam PAS sejak dahulu lagi.



Akhirnya, undi simpati terus memberikan kelebihan kepada Hadi. Ini
ditambah lagi dengan faktor kesihatan Hadi yang merosot akhir-akhir ini.



Ini tergambar daripada jumlah pencalonan diterima Hadi yang masih utuh,
walaupun tokoh ulama PAS Ahmad Awang digembur-gemburkan sejak sekian
lama mampu membuat kejutan.



Malah, ketika Hadi memberi alasan kesihatan apabila gagal hadir ke mesyuarat Pakatan sebelum ini, DAP masih terus mengasaknya dengan menggesa Hadi tidak lagi ponteng demi melicinkan perjalanan Pakatan.



Bagaimanapun, faktor ini ditolak oleh kumpulan pro-Pakatan yang
melihatnya pemilihan kali ini semata-mata pertembungan jalur fikrah
berbeza dalam PAS.













Faktor karpet dalam semakan kehakiman

MALAYSIAKINI














Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan
Mahkamah Persekutuan 10 Februari yang menjatuhi hukuman lima tahun
penjara padanya atas sabitan kesalahan liwat.



Ketua umum PKR itu mendakwa terdapat kesilapan mahkamah dalam keputusan itu.



Anwar menjadikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung sabitan kes
itu serta siri jelajah Umno yang mengetengahkan ketua pasukan
pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebagai alasan untuk
permohonan itu.



Anwar percaya tiada sebab untuk sabitan dibuat dan hukuman dijatuhi
kerana terdapat percanggahan bukti berkaitan sekeping permaidani –
tempat kesalahan dikatakan berlaku – yang dipindahkan.



Permohonan itu difailkan oleh peguam N Surendran dan Michelle Yesudas hari ini.



Turut hadir anak Anwar, Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR.



Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei

MALAYSIAKINI














Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan
kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.



Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol
RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel
pada RM1.95seliter.


Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 1 Mei.
- Bernama














Tembak mati bukan penyelesaian

Death row for Australian Myuran Sukumaran and Andrew Chan



Latihan skuad penembak mati di penjara Nusakambangan,
Denpasar,Bali, Indonesia sebelum hukuman dijalankan ke atas lapan
individu pada 28 April lalu (Gambar rappler.com)





Oleh CHARLES SANTIAGO






Kejam dan gasar. Itu kalimah yang paling sesuai bagi menjelaskan
hukuman tembak mati terhadap lapan pengedar dadah di Indonesia semalam.




Presiden baru Indonesia, Joko Widodo tanpa banyak fikir menolak
rayuan pengampunan kerana percaya bahawa dadah menghancurkan dan
mengacau-bilaukan negaranya.




Saya percaya kehidupan golongan remaja yang terpengaruh dengan rakan
sebaya telah dimusnahkan dengan dadah. Namun, hukuman mati bukannya
penyelesaian, dan ia tidak pernah dan tidak akan menjadi jalan
penyelesaian.




Sepatutnya hukuman mati memerlukan moratorium, dan Malaysia juga harus tersenarai dalam usaha ini.




Dalam pengadilan ke atas lapan banduan akhir dari Australia, Brazil,
Nigeria dan Indonesia itu, Jokowi tidak mempedulikan dakwaan rasuah
terhadap beberapa hakim dan saksi.




Pihak kerajaan Australia sendiri merayu agar pelaksanaan hukuman
tembak itu ditangguhkan sehingga prosiding dijalankan di bawah Mahkamah
Perlembagaan dan Jawatankuasa Kehakiman selesai sepenuhnya.




Pendengaran awal sedang dibuat di Mahkamah Perlembagaan Australia
dijadualkan pertengahan Mei, pastinya relevan berhubung kes dua warga
Australia tersebut.




Namun pelaksanaan hukuman mati telah dibuat, dan apa akan Jokowi
lakukan jika akhirnya prosiding itu nanti memihak kepada dua warga
Australia dan didapati tidak bersalah?




Ketika Jokowi berkempen untuk menjadi Presiden Indonesia, warganya
memandang tinggi dan menganggap beliau sebagai seorang calon progresif
dan sederhana.




Nampaknya setelah beberapa bulan, dia jatuh merudum. Saya sendiri
berharap sikapnya yang keras menolak pengampunan lapan banduan akhir itu
bukanlah atas dasar mendapatkan kembali sokongan terhadapnya yang
semakin berkurangan, atau kononnya untuk memperlihatkan kepada rakyat
bahawa dia seorang yang tegas..




Hukuman mati oleh skuad menembak adalah keterlaluan. Jika ia
berdasarkan kepentingan survival politik Jokowi, ini adalah suatu hal
yang amat memalukan.




Populariti Jokowi menurun apabila beliau melantik seorang yang
mempunyai kes rasuah sebagai ketua polis, selain penghapusan subsidi
bahan api di negaranya.




Apabila hampir tiga perempat dari rakyat Indonesia menunjukkan
sendiri rasa tidak puas hati terhadap Jokowi, presiden republik itu mula
meletakkan perhatiannya terhadap isu nasional untuk mendapatkan kembali
sokongan.




Ini termasuk tindakan keras terhadap nelayan asing dan keldai dadah.




Sekarang kita hanya dapat berharap agar Jokowi melakukan perkara yang
betul dengan membebaskan Mary Jane Veloso, yang terlepas hukuman tembak
apabila penipu yang menjadikannya keldai dadah menyerah diri kepada
polis.




Mary Jane tidak mengetahui bahawa beg yang diminta untuk dibawa ke
negara itu mempunyai dadah di lapisan dalam beg itu. Dia adalah seorang
mangsa pemerdagangan dan mesti dibebaskan dari apa-apa hukuman.




Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya memahami usaha pembasmian dadah di Indonesia.


Tetapi Jokowi seharusnya melihat strategi baru- seperti mengadakan
operasi besar-besaran di rantau ASEAN untuk memerangi kartel dadah,
pemerdagangan manusia dan jaringan antara negara termasuk membasmi
korupsi dalam pasukan polis bagi menyelesaikan isu ini.




Dan pastilah skuad menembak mati pesalah bukanlah jawapannya. – Roketkini.com




(^) Dr Charles Santiago adalah Ahli Parlimen Klang






GST: Restoran pertama didakwa







Sebuah restoran mamak didakwa mengeluarkan
2,000 invois yang tidak mengandungi maklumat yang ditetapkan mengikut
peraturan kepada pelanggannya antara 7 hingga 11 April.







restoran






SHAH ALAM: Restoran Hameed Corner di
Seksyen 16 menjadi premis perniagaan yang pertama dihadapkan ke
mahkamah atas kesalahaan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(CBP) 2014, sejak ia dilaksanakan pada 1 April lalu.





Mengikut kertas pertuduhan, restoran itu didakwa mengeluarkan 2,000
invois yang tidak mengandungi maklumat yang ditetapkan kepada
pelanggannya antara 7 hingga 11 April.




Wakil pemilik restoran itu, Raja Bunesh Begum Kamarudeen, 38, tidak
mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen, pada
Khamis.




Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Rozela Raja Toran dan Hazril Harun
memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM100,000 terhadap wakil pemilik
restoran itu.




Peguambela tertuduh, Cullin Andrew, bagaimanapun berhujah bahawa kes itu tidak memerlukan penjamin kerana ia kes saman.




Selepas menimbang hujah kedua-dua belah pihak, Hakim, Ahmad Azhari
Abdul Hamid menetapkan RM15,000 untuk ikat jamin dan sebutan semula kes
itu pada 25 Mei.


Tuesday, 28 April 2015

PM minta 'orang tua' beri peluang

MALAYSIAKINI















Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seakan-akan cuba memohon restu
dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi peluang
kepadanya untuk memimpin negara dengan caranya sendiri.



Dalam tulisan di blog najibrazak.com hari ini, perdana menteri berkata
golongan tua perlu “melepaskan” golongan muda untuk berdikari mengikut
peredaran masa.



Ia dilihat sebagai satu jawapan kepada Mahathir memandangkan tulisan itu
merujuk kepada Wawasan 2020, yang dicetuskan oleh Mahathir.



“Kadang kala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang
berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda
itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.



“Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda.
Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari,
maka, lepaskanlah.



“Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang
secukupnya untuk meneruskan usaha ini,” kata Najib lagi dalam tulisan
itu.



Najib berkata, beliau memahami sentimen seperti itu dan mengaku sukar
untuk melepaskan anaknya yang baru diijabkabulkan sebelum ini.



“Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.



“Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya
tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk
mengharungi dunia ini,” katanya.



Najib kini dilihat semakin berani menjawab kritikan Mahathir, yang mahu beliau berundur dari jawatan perdana menteri.



Semalam, perdana menteri secara halus menjawab bahawa beliau masih mendapat sokongan.



Ia sebagai sindiran kepada Mahathir, yang pada minggu lalu mengeluh “keseorangan” dalam usahanya untuk menuntut kebenaran.



Najib juga sebelum ini muncul di kaca TV untuk menjawab isu yang
dibangkitkan oleh Mahathir, namun penjelasannya itu tetap tidak
memuaskan hati bekas perdana menteri itu.


















Lebih baik Ahmad Maslan zip mulut





Kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan dan
Hassan Malek mengenai GST boleh membuatkan 'perut memulas' dan lebih
baik dua menteri itu menutup mulut.







malik zip mulut








PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan terus menerima kritikan hebat
kerana beberapa kenyataan kontroversinya berhubung rasional kerajaan
melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).




Terbaru, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh yang
menasihatkan Timbalan Menteri Kewangan itu supaya ‘zip’ mulut daripada
membuat sebarang kenyataan.




Turut dikritik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.




Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu berkata, kenyataan
kedua-dua menteri itu adakalanya merimaskan rimas dan boleh membuatkan
perut memulas (sakit perut).




“Ahmad Maslan dan Hasan Malek pula tak habis-habis mengulas (GST).
Bila depa (mereka) mengulas , kita naik lemas. Perut rasa memulas. Ada
ketikanya lebih baik zipp mulut,” tulisnya di Facebook.




Hashim turut mengkritik kempen GST di televisyen yang menggunakan pelakon Abu Bakar Omar.




Katanya, kempen seperti itu tidak perlu diadakan kerana GST dilaksanakan atas persetujuan kerajaan.


“Pada saya laa yang tak berapa pandai ini untuk GST tak payah nak
kempen-kempen. Sudah kerajaan putuskan begitu, laksanakan saja .




“Ini siap dengan teaser Abu Bakar Omar yang duduk puji GST lagi kat
televisyen. Puak-puak UMNO pula siap angkat sepanduk sokong GST lagi,”
tulisnya.




Hashim pernah mencetuskan kontroversi dan mengugut untuk keluar UMNO
dan menyertai pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelbagai isu
termasuk pelantikan Menteri Besar Perlis.




Beliau merupakan penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.


P'raya awal selamatkan PM dari serangan Dr M?

MALAYSIAKINI














Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lebih keras mengasak Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, ramai pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan kepada
presiden mereka.



Justeru sudah tentu cadangan wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed supaya
Najib mendapatkan mandat baru melalui pilihan raya mengejutkan banyak
pihak.



Anggota
Parlimen Pulai itu berpendapat Najib mempunyai peluang membersihkan
diri, keluarga dan pentadbiran daripada tanggapan negatif yang
dilontarkan.



Bagaimanapun pemimpin Umno seperti ketua bahagian Cheras Syed Ali
Alhabshee pantas menolaknya dengan berkata ia hanya penyelesaian
sementara.



Syed Ali sebaliknya menggesa pemimpin Umno untuk tampil mempertahankan
pemimpin mereka daripada menyeru diadakan pilihan raya awal.



Penganalisis politik Wong Chin Huat berpandangan pilihan raya mengejut
akan membolehkan Najib membersihkan musuh dalam selimut, terutamanya
yang rapat dengan Mahathir (atas), daripada tampuk kuasa.



Penganalisis: Kalau sabotaj?



Pemimpin itu, kata Wong, termasuklah anak anak Mahathir, Mukhriz, yang kini menteri besar Kedah.



Jika
berjaya, tambahnya lagi, akan mengukuhkan cengkaman Najib menuju
pemilihan Umno tahun depan, dengan anggapan ia tidak ditunda bagi
memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14.



“Umno sebenarnya parti dengan amalan naungan.



“Jika semua orang Najib berkuasa, mereka mempunyai segala sumber dan tidak mungkin Mahathir dapat memenanginya,” katanya kepada Malaysiakini.



Wong (atas) bagaimanapun memberi amaran terhadap kemungkinan sabotaj yang mewujudkan keadaan tidak menentu kepada Najib.



Polis siasat kes bakar bendera parti di Rompin

MALAYSIAKINI














Polis membuka kertas siasatan mengenai dua laporan kes membakar bendera parti politik di Felda Selancar 2 awal pagi semalam.



Ketua Pusat Media Pilihan Raya Kecil Rompin, Supt Abdul Aziz Mahmud
berkata pihaknya menerima dua laporan mengenai kejadian itu yang berlaku
di dua tempat yang berlainan di tanah rancangan tersebut.



Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan
khianat, di mana jika bersalah, pesalah boleh dipenjara dua tahun atau
denda atau kedua-duanya sekali, katanya dalam satu kenyataan di Rompin
hari ini.



Beliau mengingatkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin supaya menasihatkan penyokong
masing-masing agar tidak melakukan perkara yang menyalahi peraturan dan
undang-undang yang boleh mencetuskan ketegangan.



Selain itu para penyokong kedua-dua parti yang bertanding dalam PRK itu diminta bertindak matang.



Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, pihak polis meningkatkan
rondaan setiap masa beserta pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya,
kata Abdul Aziz.



Beliau berkata pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi tujuan pencegahan jenayah sepanjang PRK Rompin.



Beliau juga turut mengingatkan parti-parti yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan program atau ceramah.



PRK Rompin menyaksikan calon BN, Datuk Hasan Arifin bakal berdepan calon
PAS, Nazri Ahmad berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr
Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor
pada 4 April lepas.


Sejumlah 53,294 pengundi, 19,561 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah (17,394) dan DUN Tioman (16,339)
layak mengundi pada 5 Mei ini
- Bernama





Umno kenal pasti ahli sertai demo antisalib

MALAYSIAKINI














Umno sedang meneliti nama peserta protes antisalib di Petaling Jaya bagi
menentukan jika terdapat anggota parti itu mengambil bahagian.



“Kita sedang siasat,” kata Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor (kanan) kepada Malaysiakini.



Katanya penelitian itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat Umno.



Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata tindakan akan diambil
selepas polis melengkapkan siasatan dalam kes bawah Akta Hasutan 1948
itu.



Beliau juga berkata anggota Umno yang bersalah akan dihukum berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Umno.



Setakat ini hanya dua peserta perhimpunan itu dicam media sebagai
anggota Umno, iaitu abang kepada ketua polis negara Datuk Abdullah Abu
Bakar dan bekas calon BN Taman Medan Munaliza Hamzah.



PKR mahu Anwar dibenar mengundi di Pmtg Pauh

MALAYSIAKINI














PKR memohon supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan
untuk mengundi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7
Mei ini.



Naib Presiden Nurul Izzah Anwar berkata bapanya perlu diberi kebenaran
itu memandangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum
ini mengatakan akan mencari mekanisme bagi membenarkan banduan mengundi.



Menurutnya
lagi, pada Julai 2013 Zahid mengumumkan kementeriannya akan mencari
mekanisme bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan
datang.



"Saya menyambut baik saranan menteri dalam negeri dan mencadangkan agar
pilihan raya kecil Permatang Pauh ini menjadi projek rintis dengan
membenarkan Anwar dibenarkan keluar mengundi pada 7 Mei ini.



"Bukankah tempoh setahun lebih yang diperuntukkan untuk mencari
mekanisme perundangan yang selari antara akta penjara dan Perlembagaan
sudah mencukupi," katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR
Permatang Pauh.



Zahid dilapor berkata
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan berterusan
dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.



Nurul Izzah juga berkata Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa
membenarkan mana-mana penghuni penjara hadir ke majlis atau pengebumian
yang tertakluk bawah arahan pengarah penjara dan KDN.



Malah, hak warganegara untuk mengundi ahli dewan rakyat atau ADUN dalam
sebarang pilihan raya terjamin dalam artikel 119, Perlembagaan
Persekutuan, katanya lagi.



"Justeru, saya menyeru agar KDN melaksanakan prinsip asas dengan
membenarkan hak kewarganegaraan dilunaskan oleh Anwar yang menjadi
tahanan politik dengan membenarkan beliau keluar mengundi," kata anak
sulung Anwar itu lagi.



Sementara itu, Bernama melaporkan jentera Pakatan Rakyat pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus
menumpukan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah
Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.



Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28
Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh
lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.



"Penerangan jentera kita tentang isu CBP dan kesengsaraan akibat CBP ini
adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan
yang baik dari rakyat.



"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar,
tempat-tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti
ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat
begitu resah sekali akibat pelaksanaan CBP," katanya dalam sidang media
itu.



Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR

MALAYSIAKINI




















Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak
akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK)
kawasan Parlimen Permatang Pauh.



Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK
Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan
yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
walaupun diberi tempoh sehingga semalam.



"DPPNPP
dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda
PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK
Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama
sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan
untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.



"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi
anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri
dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK
ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana
jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.



Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai
selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.



Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut
itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang
dituntut sebelum ini.



"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan
Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi
sokongan," katanya.



Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution
sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang
kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP
itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.-Bernama