Friday, 24 April 2015

Tema ‘Hancur GST’, DAP gerakkan ahli di seluruh negara ke himpunan 1 Mei

PC GST Mei 1 Hancurkan GST! 2



Roketkini.com





KUALA LUMPUR: DAP akan menggerakkan semua ahlinya di seluruh
negara untuk menyertai himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur, kata Setiausaha
Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.






Anthony pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini berkata, setiap
Jawatankuasa Negeri dan Cawangan DAP komited menggerakkan seramai
mungkin anggota untuk turun berhimpun membantah GST secara aman di Kuala
Lumpur pada 1 Mei ini.




“Pelbagai kesan buruk menimpa ekonomi dan masyarakat Malaysia sejak
pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) hampir satu bulan.
Harga barang naik mengakibatkan rakyat semakin susah dan menderita.




“Lebih-lebih lagi ahli politik Barisan Nasional mengemukakan
kenyataan penuh angkuh dan tidak bertanggungjawab setelah pelaksanaan
GST.




“Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dikritik apabila menyarankan
pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari
makan di luar bagi mengurangkan beban GST,” kata Anthony.




Tambahnya, panduan harga dan senarai GST mengelirukan peniaga dan
pengguna, yang jelas dilaksanakan dalam keadaan rakyat yang belum
bersedia.




Malah kata Anthony, Ahli Parlimen UMNO (Sepanggar) Jumat Idris
sendiri merungut seperti yang dikirimnya ke laman facebook bahawa GST
membebankan, selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat
perubatan swasta.




“Ahli Parlimen UMNO-BN yang kaya pun rasa terbeban dengan GST, apatah lagi rakyat biasa,” kata Anthony.




Tambahnya, resit pembelanjaan yang diterima memperingatkan rakyat
bahawa promosi pihak kerajaan bahwa GST adalah baik untuk rakyat, dan
harga barangan akan turun hanya ‘indah khabar dari rupa’.




“Pelaksanaan GST akan mengurangkan sikap pembelanjaan dalam pasaran, seterusnya menjejaskan peniaga kecil.




“Perdana Menteri Najib Razak harus menjawab sekarang bagaimana GST
membantu ekonomi? kata Anthony, sambil menyeru rakyat bangkit membantah
GST.




“Sempena Hari Pekerja 1 Mei, marilah kita sama-sama tunjukkan kuasa
rakyat membantah GST. Kembalikan pembangunan ekonomi negara di jalan
yang betul dan kembalikan kehidupan yang bermutu kepada rakyat,” kata
Anthony.




Pada sidang media sama, Anthony turut melancarkan t-shirt rasmi
himpunan 1 Mei, selain mengumumkan tema protes sebagai ‘1 Mei Hancur
GST’.




Hadir sama, Ketua DAPSY Teo Kok Seong, Pengarah Pendidikan Politik
DAP, Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol, tan Hong Pin – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment