Friday, 24 April 2015

Murid sekolah dilatih sokong GST







Klip video mendedahkan seorang guru melatih kanak-kanak dipercayai di sebuah sekolah rendah untuk melaungkan 'Kami Sokong GST.'










VIDEO INSIDE



GST-anak-sekolah







PETALING JAYA: Satu klip video menjadi viral apabila ia didapati
menggunakan kanak-kanak sekolah untuk menyokong Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).



Rakaman video yang berdurasi hanya 17 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu diajar dan disuruh melaungkan ‘Kami Sokong GST’.



Sekumpulan kanak-kanak itu kemungkinan sedang berkumpul dalam sesi perhimpunan di sebuah sekolah rendah.



Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi dan nama sekolah tersebut.



Sorang guru meminta kumpulan kanak-kanak melaungkan “Kami sokong GST”
sebanyak dua kali dan diakhiri dengan ucapan “terima kasih kanak-kanak”
oleh guru yang sama.



Klip video itu dimuatnaik di akaun Facebook Rintihan Rakyat pada 17
April dan sedang menjadi bahan bualan kerana melibatkan kanak-kanak
sekolah rendah dan guru sekolah.



Perbuatan guru sekolah rendah ini menepati peribahasa Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.


No comments:

Post a Comment