Berdasarkan pendedahan Sarawak Report,
Khairuddin meminta supaya Polis menyiasat Najib berhubung kenyataan
bertulisnya ke Parlimen dan tuduhan memberikan dokumen palsu 1MDB.
PETALING JAYA: Susulan pembongkaran
laporan yang dibuat Sarawak Report sebelum ini, bekas Naib Pengerusi
UMNO Batu Kawan, yang lantang mengkritik 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan Polis di Balai
Polis Dang Wangi pada tengahari Jumaat.
Beliau meminta Polis menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB,
Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan
President/CEO, Arul Kanda Kandasamy.
Dalam laporannya, Khairuddin membangkitkan kenyataan bertulis Najib
kepada Parlimen pada 11 Mac lalu berhubung dana berjumlah US$1.03 bilion
yang disimpan di sebuah bank di Singapura.
Sehubungan itu, beliau meminta Polis menyiasat kesahihan dokumen berkenaan sebagai mana yang disiarkan Sarawak Report.
Dalam laporan yang dibuat, Khairuddin turut meminta Polis menyiasat
dakwaan bahawa 1MDB telah mengedar dokumen yang didakwanya sebagai
terdapat keraguan pada kedudukan akaun tunai Brazen Sky.
Pada 23 April lalu, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 1MDB
memberikan penyata bank palsu berkaitan berkaitan akaun anak syarikatnya
kepada sebuah cawangan bank BSI di republik berkenaan.
No comments:
Post a Comment