Tuesday, 19 May 2015

Kabinet Bayangan: Pemimpin Pas berbeza pendapat







Pelantikan Perdana Menteri dan menteri
kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya
hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti.







khalid,khairuddin,azizah








KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah
Alam Alam, Khalid Samad bersetuju jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri.





Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu bagaimanapun hanya bersetuju jika Wan
Azizah dinamakan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan.



Khalid berkata, pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang
sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan
melalui persetujuan semua parti.




“Namun soalan siapa yang perlu menjadi Perdana Menteri dalam kabinet
sebenar belum timbul lagi, maka tak perlu lagi dijawab kerana suasana
pun akan berubah,” katanya kepada kepada FMT ketika ditemui di Lobi
Parlimen.




Dia menganggap perkara itu bukan perkara sepatutnya untuk dibahas kerana PR belum membentuk kerajaan Pusat.




“Apabila kerusi PR mencukupi, pada ketika itu akan bergantung kepada
kedudukan kerusi setiap parti. Ketika itu perbincangan dan perbahasan
lebih mendalam akan diperlukan kerana ini bukan lagi Kabinet Bayangan
tetapi Kabinet sebenar,” tegasnya.




Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali At-Takiri Pas menolak cadangan Kabinet Bayangan.



Katanya, Pas berpendapat banyak lagu isu tertangguh yang perlu
diselesaikan oleh PR berbanding Kabinet Bayangan yang dicadangkan itu.




“Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) itu tidak perlu lagi. Banyak lagi isu tertangguh yang perlu
diselesaikan oleh PR disamping hubungan tiga parti yang sedang rapuh,”
katanya.




Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kewujudan Kabinet Bayangan akan hanya menimbulkan banyak persoalan.




“PR seharusnya menyelesaikan isu tertangguh seperti hudud dan fokus dalam berhadapan dengan UMNO,” katanya. .




Wan Azizah dalam sidang media pertama selepas dilantik Ketua
Pembangkang berkata, PR akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet
Bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan akan memilih setiap wakil parti untuk
memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat.


No comments:

Post a Comment