KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Marina Mahathir berkata akan
meninggalkan negara ini, sekiranya Malaysia melaksanakan Hudud di bawah
undang-undang Syariah Islam.
“Saya tidak boleh hidup di negara di mana manusia mahu memotong tangan
manusia lain, atau mahu merejam manusia dengan batu sehingga mati, saya
minta maaf.
“Saya tidak akan tinggal di negara Arab Saudi, misalnya. Saya tidak mahu
tinggal di negara di mana hukum ini adalah polisi negara tersebut,"
katanya kepada pemberita dalam satu sesi temu bual diadakan seperti yang
dilaporkan portal Malay Mail
Matlamat perlaksanaan undang-undang syariah dan hukum Hudud telah
dikemukakan oleh PAS setelah dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin Islam
dan ulama terkenal. Untuk itu, Presiden Parti PAS, Abdul Hadi Awang
telah memohon untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan
hukuman hudud dilaksanakan di Kelantan seperti yang telah dipinda dalam
enakmen negeri baru-baru ini dalam undang-undang syariah.
Hadi berkata, baru-baru ini beliau bercadang untuk bertemu dengan
pemimpin Barisan Nasional bagi membincangkan perlaksanaan hudud di
Kelantan.
Penggubal undang-undang UMNO Negeri menyokong negeri Kelantan melakukan
pindaan pada bulan Mac, manakala PAS bersepakat untuk membentuk
“kerajaan perpaduan” bersama UMNO tetapi Barisan Nasional masih belum
mengambil pendirian tegas mengenai pindaan perlembagaan tersebut.
Kontroversi hudud telah menyebabkan keretakan dalam parti Pakatan
Rakyat, dimana parti DAP mendakwa PAS telah menentang prinsip parti
sebagai melanggar keputusan sekular Perlembagaan.
Marina yang juga anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad memberitahu pengalamannya bertemu dengan rakyat Iran berstatus
kelas pertengahan hidup dalam keadaan terbuang di New York akibat dari
amalan agama yang agresif dalam kelompok manusia sekular selepas hak-hak
wanita diketepikan selepas Iran menjadi sebuah negara Islam.
“Pada saya, saya tidak mahu menjadi seperti itu, saya tidak mahu menjadi
rakyat yang terbuang. Dengan itu, saya sentiasa berfikir tidak mengapa,
saya akan tinggal dan tetap akan berjuang,” katanya. Walau bagaimanapun
dia akan berhijrah jika hudud tetap mahu dilaksanakan, lapor Malay Mail
Online.
Keazaman beliau untuk terus berjuang demi hak-hak wanita adalah
berikutan didikan yang diterima ketika dibesarkan untuk sentiasa jujur
dan bertimbang rasa terhadap orang lain, “untuk berkata sesuatu atau
melakukan sesuatu sekiranya saya melihat ia adalah salah”.
“Ia adalah satu bentuk ibadah. Ia adalah bagaimana saya menjalani hidup
saya sebagai seorang Islam,” katanya, “ia bukan hanya sekadar amalan, ia
adalah tindakan dan cubaan untuk melakukan kebajikan, untuk menjadi
bertimbang rasa dan memastikan keadilan.”
No comments:
Post a Comment