Thursday, 21 May 2015

Anita Sarawak hilang atau menghilang?

MALAYSIAKINI













Bukan sahaja lama menyepi di persada hiburan, penyanyi terkenal Anita
Sarawak juga dilapor sudah lama tidak dapat dikesan oleh anggota
keluarganya.



Keluarga penghibur dianggap diva itu dilapor kali terakhir berhubung dengan Anita Sarawak kira-kira dua bulan lalu, lapor The New Paper.



Adik tirinya, Noor Kumalasari Mohd Taib berkata Anita Sarawak, 63, sejam
Mac lalu tidak menghubunginya atau lima lagi adik beradik mereka.






Yahoo Singapore

@YahooSG












Anita missing for two months now, says half-sister.

http://yhoo.it/1El7TQV








Akhbar Singapura itu melaporkan bahawa Noor Kumalasari yang menyambut
kelahiran ke- 59 menyedari kehilangan Anita apabila tidak menerima
ucapan selamat seperti tahun-tahun sebelum ini.



“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam
keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan
perkara lain.



“Itu 40 peratus yang saya rasakan. (Selebihnya) 60 peratus lagi jujur
saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini
kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama,” Noor
Kumalasari dilaporkan sebagai berkata.



Bercerai? Tak betul



The New Paper juga melaporkan kawan baik penyanyi kelahiran
Singapura itu juga gagal menemui Anita Sarawak ketika mengunjungi
kediamannya di Amerika Syarikat.



Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib menyepi daripada dunia
seni tempatan sejak 2013 sebelum dikatakan membawa diri ke Las Vegas dan
bertudung.



Anak kelahiran Kota Singa itu didakwa bercerai dengan suaminya Mohamad Mahathir Abdullah.



"Daripada pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab
itulah saya menghubunginya untuk dia perjelaskan perkara sebenar.



"Nak kata dia takut saya bertanyakan hal itu, semuanya dilihat mustahil.
Kami adik beradik sangat rapat dan saling menasihati antara satu sama
lain,” kata Noor Kumalasari lagi.



Anita Sarawak sebelum ini terkenal dengan lagu “Bercanda di Pasiran Pantai” hasil duet dengan Sudirman.



Beliau juga anak pasangan biduanita filem Melayu klasik Siput Sarawak dan S Roomai Noor.



Anita Sarawak sebelum ini terkenal apabila aktif membuat persembahan di
Las Vegas, Amerika Syarikat antara 1985 hingga 2001 sebelum kembali ke
Singapura.



No comments:

Post a Comment