Monday, 18 May 2015

Pandikar Amin berbohong-Tun M





Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin
itu telah memalukannya dan dan kenyataan yang dibuat Yang Dipertua Dewan
Rakyat itu seolah-olah beliau telah bercakap bohong.







mahathir,pandikar amin





PUTRAJAYA : Kenyataan berbeza yang
dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad
terpaksa menanggung malu.




Ia diluahkan bekas Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan berbeza yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.



Beliau berkata, ketika berjumpa dengannya, Pandikar Amin menyatakan
hasrat akan meletak jawatan kerana tidak puas hati terhadap Datuk Seri
Najib Tun Razak.



“Bahkan dia (Pandikar Amin) kata dia tidak menjadi Speaker dah. Itu
dia cerita kepada saya. Dia cerita juga perasaaan tidak puas hati
layanan Parlimen kepada dia sebagai Speaker.



“Lepas tu dia tanya kepada saya apa yang boleh dia lakukan..saya kata
kalau awak nak resign, resignlah. Dia kata dia dah bagi surat nak letak
jawatan,” katanya selepas melancarkan buku Dr Mahathir’s Selected
Letters To World Leaders Volume Two, pada Isnin.



Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukan dan kenyataan yang dibuatnya seolah-olah beliau berbohong.



“Saya cuma ulang apa dia kata tapi dia kata macam saya ni bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya,” katanya.



Dr Mahathir dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu lalu, mendakwa
Pandikar Amin telah berjumpa dengannya dan memaklumkan meletak jawatan
sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.



Beberapa jam selepas itu, Pandikar Amin menafikan kenyataan Dr
Mahathir tetapi mengaku mereka berdua berjumpa bagi membincangkan isu
politik semasa.



Dr Mahathir hanya menjawab ringkas apabila ditanya adakah beliau akan
berjumpa dengan Pandikar Amin untuk menyelesaikan perkara itu.



“Itu tak tahulah,” jawabnya.


No comments:

Post a Comment