Monday, 20 April 2015

Golongan susah tertindas (GST)





Oleh Mohd Azwani Abdul Rani





PAS Sarawak sentiasa tekal tidak bersetuju perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak dikuatkuasa pada 1 April lalu.

GST
adalah cukai regresif yang dikenakan dalam apa-apa cara kadar cukai
berkurang apabila jumlah yang tertakluk kepada kenaikan cukai.



Daripada
segi pendapatan individu dan kekayaan, cukai regresif mengenakan beban
yang lebih besar (berbanding dengan sumber) kepada golongan miskin
daripada orang kaya.



Cukai progresif secara mudahnya
bermaksud semakin tinggi pendapatan individu atau korporat, semakin
tinggi cukai yang mereka kena bayar.





Ini
suatu yang munasabah kerana Ibnu Khaldun menyatakan di dalam kitabnya
yang masyhur "Al Muqaddimah", kerajaan perlu memikirkan bagaimana
pendapatan rakyat harus ditinggikan bagi mendapat cukai yang tinggi
daripada rakyat untuk mengisi perbendaharaan negara.



GST pula
bersifat pusing ke belakang atau regresif kerana cukai dikenakan kepada
semua penduduk termasuk rakyat yang tidak ada berpendapatan atau
berpendapatan rendah.



Logiknya, rakyat yang susah dan miskin
sewajarnya dibantu kerajaan kerana mereka tiada pendapatan atau
berpendapatan rendah, tapi ini tidak berlaku dalam rejim GST.



Dengan adanya GST, keadaan menjadi terbalik iaitu rakyat yang susah
pula disuruh menolong kerajaan dengan meminta semua rakyat tanpa kira
miskin dan kaya membayar cukai.



Memandangkan GST adalah cukai
penggunaan yang dikenakan di semua peringkat pengeluaran barang yang
mana kerajaan peroleh hasil cukai di semua rantaian penawaran barangan
(supply chain), pengguna adalah pihak paling teruk kerana kena membayar
cukai atas penggunaan barang dan tidak mendapat rebat.



PAS
Sarawak akan menggerakkan dua cabang aktiviti berkait GST. Satu, usaha
kesedaran untuk membantah perlaksanaan dan mendesak agar GST ditamatkan
segera. Kedua, sementara kerajaan zalim terus tidak ambil peduli,maka
PAS akan membantu golongan susah tertindas (GST) yang terdiri penduduk
kampung dan rumah panjang miskin di Sarawak untuk dibantu akibat
tekanan harga tinggi kini.



Baru-baru ini PAS Bintulu
melancarkan kempen 'Jom Shopping' kepada seramai 66 penerima dari 6
unit peti undi DUN Jepak dengan bantuan barangan keperluan harian di
pasar raya berdekatan.



Kepada dermawan yang berhajat membantu
menyumbang dana program ini, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam
PAS Bintulu 11031010021654 dan hubungi Bendahari Faiz 019-797551332.



Dengan Simbolik 6 ini petanda untuk kempen berterusan kesedaran rakyat
GST 6% ini haruslah ditamatkan segera atau Bantahan GST lebih besar
akan digerakkan. Himpunan 1 Mei ini bakal memberi lonjakan untuk kempen
cukai kejam kerajaan zalim dan jahil Barisan Nasional ini.



GST = Guk Sen Telaw (Vaei) (Habis Dua Kita). –



* Penulis ialah yang dipertua PAS Bintulu/bendahari PAS Sarawak.


No comments:

Post a Comment