Zahari menunjukkan kesan lebam pada anggota badan
anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin yang dibelasah oleh
sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang.
GURUN: Seorang pelajar
Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah
sekolah agama di Pokok Tai,Pendang pada Sabtu.
Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa
dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di
bilik asrama pelajar senior.
Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas
dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar
Tingkatan Dua.
Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu
kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum
menyerahkan kepada pemiliknya.
"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali
dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan,
tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya
sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya pada Ahad.
Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar
bilikpelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan
lemah.
Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak
melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau
akan dibelasah lagi.
Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu
diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika
melawatnya di asrama.
Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada
kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang
badan.
Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di
BalaiPolis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP
Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan
kejadian itu.
No comments:
Post a Comment