Monday, 20 April 2015

Ahli Perniagaan Rugi RM100,000 Disamun Enam Lelaki Di Sik

MSTAR ONLINE




















SIK: Seorang ahli
perniagaan kerugian kira-kira RM100,000 selepas disamun sekumpulan enam
lelaki di rumahnya di Kampung Pinang, Belantik pada Ahad.



Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian
kira-kira 3pagi itu berlaku ketika ahli perniagaan itu, isteri dan dua
anak mereka masing-masing berusia 10 dan tiga tahun sedang tidur.



"Kita menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 4.30 pagi.



Siasatan awal mendapati sejumlah RM80,000 wang tunai dilarikan kumpulan
suspekitu bersama-sama barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM20,000
serta selaras senapang milik mangsa," katanya di sini.



Mohd Ismail berkata polis menemui peralatan yang digunakan suspek untuk
memecah masuk ke rumah mangsa serta wang tunai berjumlah RM2,000 yang
dipercayai tercicir kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.



Polis turut menemui dua buah kereta Perodua Kancil dan Proton Wira, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.



Ketika ditemui kemudian, ahli perniagaan itu Mohd Bokri Majid, 43,
berkata beliau dan isterinya, Hamdah Jusoh, 35, masih lagi terkejut
selepas terpaksa berdepan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pisau.



"Saya, isteri dan anak-anak diikat. Tangan kiri saya cedera kerana cuba
melawan, malah mereka turut mengugut untuk mencederakan anak-anak saya
kerana enggan memberitahu di mana saya simpan wang tunai," katanya.



Menurutnya sebahagian daripada wang yang disamun itu baru sahaja
dikeluarkandari bank pada Jumaat lepas untuk digunakan dalam urus niaga
minggu ini.


No comments:

Post a Comment