SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Seramai 270 pelajar ditawarkan pinjaman pelajaran bagi sesi pertama 2015 dengan jumlah penajaan RM6.5 juta.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan
Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, permohonan bagi sesi kedua
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dibuka Ogos ini.
Katanya, insentif itu motivasi kepada pelajar untuk lebih cemerlang dan pengiktirafan atas usaha serta kejayaan diperoleh.
“Pelajar cemerlang di bawah skim ini berpeluang ditawarkan skim
pinjaman boleh ubah jika berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan
yang baik.
“Ini melayakkan mereka mendapat pengurangan ke atas bayaran balik
atau pengecualian penuh bayaran balik (biasiswa),” katanya pada majlis
penyerahan dokumen bagi penerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri
Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini.
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor adalah bantuan pendidikan menerusi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
Bagi pengambilan sesi pertama 2015, permohonan dibuka selama sebulan
mulai 1 Februari sehingga 28 Februari lalu dengan 1,185 permohonan
diterima.
Katanya, antara insentif ain ditawarkan termasuk hadiah RM1,000
kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah yang
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara (HPIPT).
“Insentif itu dimanfaatkan 59,848 pelajar sejak pelaksaannya pada
2008 sehingga 2014 di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),”
katanya.EZY
No comments:
Post a Comment